SUAMI YANG BAIK LAHIRKLAN ISTERI YANG BAIK



Assalamualaikum.
hah selamat berhujung minggu esok.
hujung minggu ni mesti banyak kenalan terima undangan kahwin kan.
samalah LS.

LS ucapkan terima kasih pada yang jemput LS ke kenduri..Jemputlah lagi ..rindu nasi minyak .hehheheheheh.

Agak klise sikit tajuk LS malam ni. Tpi nama pun blog LS kan .Jadi segala pandangan LS ,LS curahkan kat sini.Sebenarnya lama dh LS x menulis. Kekangan masa dan banyak benda nak settle. Tpi menulis memang kesukaan LS. 

Ok lah balik pada tajuk LS malam ni. Kalau kita terbalikkan tajuk ni pun boleh juga.
ISTERI YANG BAIK LAHIRKAN SUAMI YANG BAIK.

erm. tpi mcm pelik,dan macam tak relevan kan. Sebab Suami tu selepas kahwin ,dia perlu memimpin keluarga.apatah lagi isteri dia sendiri.

ada banyak LS pelajari sepanjang tempoh perkahwinan ,yang baik kita kongsi ,yg x baik tu,semua dtg dri diri LS sendiri..Tak baik tu tak payah lah sharekan ,aib namanya..pepatah melayu cakap apa...buka pekung didada..AIB kita, atau aib suami kita kita sorok senyap2.ok.

sebelum lebih jauh LS nak tanya soalan ,sebelum kawin,anak dara ni,atau gadis ni siapa jaga n siapa didik depa?

dan lepas dh bergelar isteri dan lepas dah bergelar puan ,siapa didik mereka?

Soalan mudah dan cepuAwas kan.

boleh ke jawab didik diri sendiri?
erm...biar LS ingatkan taw.
pernah dengar tak perempuan ada 9 nafsu ,satu akal.
dan lelaki ada 9 akal 1 nafsu.

Tapi hadis soheh,LS tak letak lah dalam ni.
Cuma yang nilah jawapan kepada soalan perempuan2 atau isteri2 yang nk jadi queen control,nak memimpin keluarga konon. 

LS pesan awal..tak perlu lawan fitrah kejadian.Seorang wanita itu lahir dari tulang rusuk seorang lelaki.
Asal kejadian pun wanita diciptakan untuk menemani kesepian seorang lelaki.

ada betul tak LS cakap ni.

Tapi entry kali ni berkisar bukan dari tanggungjawab seorang wanita.
tapi besarnya amanah bila anda bergelar suami.

Jangan fikir kalau isteri anda ada ijazah,diploma atau STPM,semua straight A's kan,so anda sebagai lelaki,sebagai suami boleh goyang kaki tak nak didik mereka.
NO...
NO...
NO....
and 
NO...


setinggi mana kedudukan isteri dalm organisasi ,setinggi mana darjat,pangkat,pelajaran mereka
jangan fikir korang boleh duduk diam taw.

sebagai lelaki,buktikan lah anda lelaki yang boleh memimpn seorang  makhluk bernama wanita.

erm...
wanita ni ada mcm2 jenis.
sebelum korang lelaki ni kahwin..selidik dlu.belajar ilmu perkahwinan dalam2.
banyak benda nak kena matang sebagai lelaki ni.
sebab lelaki memimpin wanita.

kalau wanita memimpin sebuah keluarga agak2 mcam manalah kan.boleh tu memamglah boleh.
itu kalau dh bergelar single atau miss J..boleh lah nk memimpin keluarga sebb tak ada pilihan.

jadi sebelum kawin tu jadilah lelaki yang baik,sebab lahirnya isteri yang baik dari seorang lelaki yang baik.
Suamilah yang mendidik isteri selepas kahwin. Bukan mak ayah. sebb bahteri yang nak belayar tu ,sendiri yang corakkan keindahannya. Bukan mak pak perempuan. 

Mak pak perempuan boleh nasihat dan tegur sikit2 je.
sebb hal rumah tangga kita tiada siapa boleh masuk campur.

cuma ikut sunnah kalau ada perbalahan suami isteri dalam rumahtangga mak pak mertua dan mak pak sendiri kena campur tangan..itu dah tertulis dalam alquran surah nisa.
korang cari lah terjemahan...surah yang keberapa.

satu lagi tak ada istilah apa isteri buat dosa suami tanggung.
tiada satu pun antara kalian yang menanggung dosa orang lain.

bukan bermaksud kalau isteri x solat,suami dapat dosa.
itu betul jika suami tak tegur,dia dapat dosa sebb tak tegur isteri dia.
tapi jumlah dosa tak solat ditanggung sendiri oleh isteri.

alah senang je..ingat ni je....kalau dh baligh tu ,dosa korang bukan atas mak pak korang lagi..tpi atas diri korang sendiri...

kan timbangan lain2..kubur pun lain2.

ok sampai sini sajelah celoteh LS.satu je LS pesan sekali lagi.
bila jadi suami.
kena tanggung isteri  dan 
kena menjawab kat akhirat kelak ye.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?