NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH




KPI6024
ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN
Nisbah Guru Dan Murid Di Prasekolah

 




KUMPULAN
B

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA
NO. ID
NUR FARHATI BT ROMLI
M20152001871
NOR HANIS BT MOHD HANIFF
M20152001807
NURUL AINI BT ABDUL HALIM
M20152001872
SOOLEHATULMUTHYAH BINTI JANTAN
M20151000012


                           PENSYARAH: PROF. EMERITUS DATO’ DR. AMINAH AYOB


NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH
Soolehatulmuthyah binti Jantan,
Hanis Haniff,
Aini Halim,
Farhati Romli


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim ,Malaysia 2016


Abstrak
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai isu nisbah guru dan murid di prasekolah di Malaysia. Pada pandangan kumpulan kami, isu ini perlu dititikberatkan kerana boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Nisbah guru dan murid yang digariskan di bawah Akta Pendidikan 1996 ialah 1:25 yang dilihat tidak bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Hal ini, jika dilihat di beberapa negara maju yang menyasarkan nisbah guru dan murid pada kadar 1:10 dengan bilangan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah yang tinggi berbanding di Malaysia. Isu ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak dari segi perkembangan bahasa, kecenderungan minat belajar, tingkah laku negatif dan kurang keyakinan diri. Justeru, kami mencadangkan beberapa jalan penyelesaian yang dilihat relevan dengan isu ini iaitu mengubah dasar pendidikan dengan menurunkan nisbah murid 1:10 atau penambahan bilangan guru dan pembantu guru. Selain itu, mewajibkan penglibatan ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka di dalam kelas. Sekolah juga perlu menambahbaik kurikulum yang sedia ada dengan melaksanakan pembelajaran secara “small group”.  Kerajaan juga perlu menyediakan bahan pembelajaran dan peralatan yang mencukupi di semua prasekolah agar murid dapat menggunakannya secara optimum. Melalui cadangan penyelesaian ini, implikasi terhadap kerajaan adalah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi menanggung perbelanjaan gaji guru dan peralatan pembelajaran. Implikasi cadangan terhadap pihak guru pula ialah kualiti pengajaran guru meningkat, tidak mengalami tekanan dan boleh memudahkan penilaian dibuat kepada murid. Dengan ini, guru menjadi lebih kreatif dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang lebih efektif. Manakala, implikasi cadangan penyelesaian kepada ibu bapa adalah mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perkembangan anak-anak mereka. Sekolah juga dapat melahirkan guru dan murid yang berkaliber dan berintegrasi untuk pembangunan negara pada masa akan datang.







ISI KANDUNGAN
                                                          Halaman

1.0              Pengenalan                                           4
2.0              Pernyataan Isu                                     4
3.0              Kesan Isu Kepada Kanak-Kanak       6
4.0              Cadangan Penyelesaian                       8
5.0              Implikasi Cadangan                              10
6.0              Kesimpulan                                            12
Rujukan                                                  12 
1.0              PENGENALAN
Isu nisbah guru dan murid di prasekolah ini merupakan isu yang tidak sebesar isu-isu lain seperti pengeksploitasian dan pemerdangan kanak-kanak. Isu ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Namun di sebalik isu ini, terdapat banyak kesan negatif kepada pembelajaran kanak-kanak. Isu ini merupakan pengalaman kebanyakkan guru-guru tadika di Malaysia di mana guru-guru ini terpaksa mengajar dalam keadaan murid yang ramai pada satu masa yang sama.Apakah kesannya dan cadangan penyelesaian kepada isu ini ada dibincangkan lebih lanjut melalui hasil tulisan kajian ini.

2.0              PERNYATAAN ISU
Isu Nisbah Guru dan Murid Prasekolah
Adakah saiz kelas mempengaruhi kualiti dan keberkesanan pendidikan program prasekolah? Kebiasaannya ibu bapa dan guru mempersetujui tentang perkara ini. Ramai yang beranggapan bahawa saiz kelas yang kecil dan bilangan guru atau staff yang lebih ramai adalah lebih baik untuk pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak iaitu membolehkan tumpuan individu kanak-kanak lebih tinggi di dalam kelas dan dapat mengurangkan tekanan guru dalam mengawal pengurusan kelas.

Sekiranya jika kita lihat di prasekolah atau mana-mana tadika swasta di Malaysia, nisbah bilangan murid dan guru boleh dikatakan tidak relevan di mana nisbah 1:25 adalah terlalu ramai untuk satu kelas. Guru tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap kanak-kanak. Hal ini menyebabkan terdapatnya keciciran tumpuan guru dan kanak-kanak terhadap pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada kanak-kanak yang sedikit lemah dan bermasalah dalam pembelajaran.

Nisbah guru dan murid perlu diambil kira sebagaimana di Finland (1 guru nisbah 13 murid) dan di Amerika Syarikat (1 guru nisbah 18 murid). Jumlah yang tidak terlau ramai lebih memudahkan hubungan dua hala antara guru dan kanak-kanak. Dengan ini, guru dapat mewujudkan interaksi sosial yang lebih baik dengan kanak-kanak. Saiz kumpulan kelas dengan nisbah yang lebih baik secara tidak langsung dapat menggalakkan penglibatan guru dan murid secara aktif dan guru dapat meluangkan masa berinteraksi yang lebih banyak dengan kanak-kanak. Hal ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak menjadi lebih responsif semasa melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Menurut Shim, Hestenes & Cassidy (2004), mereka mendapati nisbah yang lebih baik dapat dikaitkan dengan kualiti yang lebih tinggi, lebih interaksi antara guru dan kanak-kanak dan tingkah laku guru yang lebih positif. Hal ini juga disokong oleh Finn dan Pannozzo (2004) yang mendapati bahawa kumpulan kelas yang lebih kecil mendorong mereka terlibat dalam tingkah laku yang sesuai dan bersama-sama melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan mereka berbanding daripada kelas-kelas yang besar.

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah), kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah berdaftar meningkat sehingga 92% menjelang 2015. Manakala menjelang 2020, kerajaan menjangkakan enrolmen menyeluruh di peringkat prasekolah dengan kira-kira 900,000 kanak-kanak berdaftar di prasekolah seluruh negara. Berikutan pelan ini, ia perlu diteruskan sehingga mencapai satu peringkat di mana kita mencapai sasaran seperti mana yang telah disarankan oleh beberapa negara maju iaitu nisbah murid dan guru tadika pada kadar 10:1 dengan bilangan kemasukan kanak-kanak ke prasekolah yang lebih tinggi.

Di beberapa negara maju seperti Finland, nisbah guru dan murid adalah 1:13 di dalam sesebuah kelas prasekolah. Sekiranya melebihi 13 orang, guru memerlukan seorang pembantu dalam kelas tersebut. Namun demikian, tiada perundangan yang menetapkan jumlah yang spesifik untuk sesebuah kelas. Menurut Guidance and Regulations to the Children Act (1991) dalam Thomas Coram Research Unit,  negara United Kingdom iaitu England dan Wales mencadangkan nisbah kelas adalah 1:13 untuk kelas tadika. Manakala di United States, negara mereka menyasarkan nisbah dan maksimum saiz kumpulan di dalam sesebuah kelas adalah 1:12 dengan bilangan murid yang maksimum adalah 24 orang.

Jika dibandingkan dengan negara luar, nisbah guru dan murid lebih kecil berbanding di Malaysia. Maka suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih terkawal dalam memastikan kanak-kanak mendapat ilmu secara adil dan saksama. Pengurusan kelas menjadi lebih efisyien dan sistematik dan akan wujudnya suasana hormone sepanjang proses pembelajaran. Hubungan guru dan murid menjadi lebih rapat dan ia mendorong kanak-kanak bertingkah laku positif. Justeru, ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar apabila tumpuan yang lebih diberikan oleh guru .

3.0       KESAN ISU KEPADA KANAK-KANAK
Penyampaian kurang  berkesan kepada kanak- kanak kerana mengikut  teori kecergasan pelbagai,setiap individu mempunyai kecerdasan yang berlainan Howard Gardner (1983).      Bagaimana guru hendak menyampaikan sesuatu pembelajaran secara berkesan atau adakah objektif pembelajaran pada hari itu telah tercapai kepada semua murid-murid yang diajar?Persoalan begini harus ditanyakan kepada guru yang perlu mengajar sejumlah 25 orang murid dalam suatu masa.  Soalan yang perlu ditanya bagi melihat kesan isu ini ialah, bolehkah guru mengesan kecergasan murid-murid dalam jangka masa yang pendek kerana mengikut teori kecergasan pelbagai,kanak –kanak mempunyai kecerdasan yang berlainan.Jika seseorang guru mengajar perkara yang tidak menonjolkan kecergasan murid tersebut,bagaimana kecergasan ini dapat ditunjukkan ?
Antara kesan negatif terhadap murid akan isu-isu ini, ialah murid cenderung untuk tidak hadir ke sekolah kerana kurang mendapat perhatian guru disebabkan  guru lebih memberikn perhatian kepada murid yang baik,yang pandai dan rajin. Mungkin terdapat segelintir murid tidak minat kesekolah kerana kurang mendapat pujian atau galakan dari guru. Tidak mustahil walaupun mereka kebudak-budakkan sikap merajuk dan manja masih ada didalam diri mereka,walaupun hakikatnya mereka perlu berdikari ketika disekolah.Guru juga memainkan peranan yang utama dalam menggalakkan murid kesekolah,namun jika terlalu ramai murid yang perlu diberikan pujian,galakkan dan bantuan ketika menyiapkan kerja latihan dan aktiviti buku kerja jadi adalah sukar bagi guru tersebut mengawal suasana apatah lagi memujuk murid yang merajuk ,menangis dan sebagainya.
Walaupun begitu kesan positif yang boleh dilihat , murid juga tidak mustahil suka ke sekolah kerana tidak perlu lebih memberikan perhatian kepada pelajaran, lebih suka bermain dan bersosial dengan kawan-kawan,apabila kurangnya perhatian kepadanya semasa sesi pembelajaran diadakan.
Selain itu, murid terdorong untuk bertingkah laku negatif menurut Kerll dan Nelson .Jika guru tidak memerhati dan menegur tingkah laku murid di sekolah, murid cenderung bertingkah laku negatif seperti mengganggu rakan lain semasa belajar, tidak menghormati guru dan rakan lain,membuat bising semasa guru mengajar dan sebagainya. Apatah lagi pada masa sekarang,ibu bapa juga sibuk dengan hal kerja masing-masing,dimana kebanyakkan dari mereka kurang memberikan tumpuan pembelajaran kepada anak-anak ketika dirumah. Selain itu guru juga tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada setiap murid ,murid  berkemungkinan kurang perhatian,kurang kasih sayang dan kurang galakkan untuk belajar.    Murid mudah mengalami tekanan,tekanan emosi  sekiranya  tidak menerima pujian pada sesuatu yang dibuat dan dirasakan baik, apabila cikgu juga sibuk menyelesaikan pembelajaran pada hari tersebut . Menurut Terri Mauro(2004) terdapat banyak faktor yang berkaitan dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara puncanya berlaku gangguan emosi dikalangan murid ialah persekitaran sekolah,peristiwa dalam keluarga ,pengaruh keluarga ,pengaruh rakan sebaya,tindakan guru dan sebagainya.
Murid juga mudah tercicir pelajaran apabila mendapat kurang perhatian semasa latihan kerja sekolah  dibuat. Ini berdasarkan kajian Holt(1970) yang mendedahkan sikap dan pengajaran guru dibilik darjah Sebagai punca kegagala  pelajar mengembangkan potensi mereka. Selain itu penilaian pembelajaran murid tidak berlaku secara telus dan betul akibat kekangan masa, kajian Norhashimah dan khadijah ( 2000) menunjukkan guru tidak mempunyai masa untuk membuat penilaian formatif terhadap pelajar ketika melaksanakan pembelajaran pendidikan islam dan moral di peringkat prasekolah. Bagaimanakah dengan mata pelajaran teras yang lain? Guru terlalu sibuk mengejar silibus dan juga masa yang diberikan dalam seminggu,malah guru yang sama membuat penilaian dan pentaksiran. Ia nya tidak nampak berkesan apabila hanya seorang guru menilai sejumlah 25 orang murid.Jumlah itu terlalu besar untuk dibuat dalam masa yang singkat,apatah lagi murid masa sekarang berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Adakah guru mengejar silibus lebih penting dari apa yang diperolehi murid dalam pembelajaran mereka?
Selain itu , kesan langsung yang boleh dilihat ialah, murid sukar menerapkan pembelajaran secara kreatif,misalnya aktiviti seni dan kraf. Tidak semua murid dapat mengalami pembelajaran yang sama dan menyiapkan tugasan dalam satu-satu masa apabila masa juga menjadi kekangan. .Maka hanya murid yang tahu bagaimana membuat projek,misalnya  bagaimana menggunakan peralatan gunting dan warna air berjaya menyudahkan tugasan pada hari tersebut.
4.0       CADANGAN PENYELESAIAN
Cadangan penyelesaian yang relevan dengan isu ini adalah yang pertama menggubal semula Dasar Pendidikan 550 yang menyasarkan nisbah guru dan murid 1:25 kepada 1:10 secara specifik mengikut tahap umur kanak-kanak. Dalam satu kelas seharusnya seorang guru dan 10 kanak-kanak. Apabila jumlah kanak-kanak di dalam kelas dikurangkan maka pembelajaran dapat di laksanakan dengan teratur dan guru lebih memberi perhatian kepada semua kanak-kanak. Kanak-kanak juga lebih fokus dengan pembelajaran yang di ajar oleh guru. Selain itu, cadangan yang boleh dilaksanakan adalah mewajibkan setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya seorang pembantu guru. Pembantu guru boleh membantu guru dalam membuat aktiviti pembelajaran, contohnya kanak-kanak membuat projek sains yang menggunakan peralatan yang bahaya. Pembantu guru boleh memantau kanak-kanak ketika projek tersebut dijalankan dan boleh membuat penilaian perkembangan setiap kanak-kanak. Secara tidak langsung dapat meringankan tugas seorang guru yang perlu mengajar, membuat rancangan pengajaran dan mengendalikan aktivivti bersama kanak-kanak.

Cadangan seterusnya adalah guru perlu menghadiri program atau kursus pengurusan bilik darjah yang efektif supaya guru dapat mengendalikan kelas dengan lebih sistematik. Menurut Regina M. Oliver dan Daniel J. Reschly dalam artikel “Effective Classroom Management: Teacher Preparation and Professional Development”, menyatakan bahawa menyediakan guru dengan pendekatan instruktional pengurusan bilik darjah melalui kerja kursus dan latihan bimbingan. Guru perlu membuat peraturan atau rutin di dalam kelas bagi merancang pengurusan bilik darjah dan dapat mengawal tingkah laku kanak-kanak. Beberapa garis panduan dalam membuat peraturan di dalam kelas seperti peraturan mestilah mudah difahami oleh murid dan dalam bahasa yang mudah sesuai dalam bilik darjah. Contohnya jadilah pendengar yang baik dan angkat tangan apabila ingin menjawab soalan. Jika seorang guru dapat mengurus bilik darjah dengan baik maka pengajaran dapat di sampaikan dengan mudah walaupun murid di dalam kelas 25 orang atau lebih. Menurut Christopher Dunbar College of Education Michigan State University (2004) dalam artikel “Best Practices of Classroom Management” menyatakan pelajar perlu duduk di mana perhatian mereka ditujukan ke arah guru, pelajar akan dapat melihat lebih jelas papan hitam, skrin dan guru, pelajar perlu duduk menghadap hadapan bilik dan jauh dari tingkap dan pengaturan bilik darjah harus fleksibel untuk menampung pelbagai pengajaran.

Mewajibkan penglibatan ibu bapa dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka di dalam kelas. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting selain daripada guru dalam mengatasi isu ini. Ibu bapa perlu luangkan masa untuk datang ke sekolah anak-anak mereka supaya melihat perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Ibu bapa boleh menjadi sukarelawan dalam membantu guru sama ada membantu dalam pengajaran atau pengurusan bilik darjah sebagai contoh membuat calendar tahunan dan menghiasi kelas. Dalam artikel “Room Mom Sport” ibu bapa menjadi sukarelawan dengan membantu menyelaras lawatan atau aktiviti lapangan.

Di samping itu juga, ibu bapa yang menjadi sukarelawan ini mengajar kelas mingguan, dua kali seminggu atau bulanan menggunakan kemahiran atau bakat mereka sendiri. Contohnya ibu bapa mempunyai bakat menyanyi, maka dalam kelas tersebut ibu bapa boleh menyanyi bersama anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh menggunakan alat muzik, memasak, seni dan bahasa asing mengikut kemahiran mereka sendiri. Ibu bapa juga diberi peluang bekerja disekolah itu untuk satu atau dua jam untuk membantu masa rehat. Mereka juga mempunyai portal iaitu “ Simply Circle” dimana guru dan ibu bapa boleh berinteraksi dalam portal tersebut. Jika guru perlukan sukarelawan untuk membantu guru di sekolah, maka guru akan memberi maklumat di dalam portal tersebut. Di Malaysia, guru boleh menggunakan aplikasi “Whatsapp” sebagai alat berhubung dengan ibu bapa supaya dapat membantu guru jika diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka.
Pihak sekolah juga perlu menambahbaik kurikulum sekolah, di mana mewajibkan guru membuat aktiviti pembelajaran dalam kumpulan kecil kanak-kanak “small group”. Menurut  Karen Cox dalam  Pre-K Small Group menyatakan kumpulan kecil ini bergantung kepada beberapa orang murid di dalam kelas tertentu diantara 4-6 kanak-kanak dalam satu kumpulan lebih ideal. Beliau membuat aktiviti kumpulan kecil berdasarkan pembelajaran seni, motor halus, aktiviti memasak, lierasi dan matematik. Aktiviti kumpulan kecil ini menggunakan kemahiran menyusun dan mengira. Mereka menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud atau konkrit dan tiada lembaran kerja.  Beliau mendapati bahawa kanak-kanak adalah lebih berminat dalam aktiviti matematik dan literasi jika dijalankan dalam kumpulan kecil dan kanak-kanak lebih memberi perhatian ketika aktiviti dijalankan. Hal ini kerana kanak-kanak dapat meneroka bahan-bahan yang digunaka secara individu atau berpasangan. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan peralatan pembelajaran yang mencukupi dengan jumlah kanak-kanak yang ada di prasekolah hari ini, bagi memudahkan aktiviti pembelajaran dijalankan.

5.0       IMPLIKASI CADANGAN
Pembentangan bajet 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ada menyatakan tentang peruntukan yang diberikan kepada peringkat kelas prasekolah bagi memantapkan kualiti pendidikan Malaysia adalah sebanyak 44.6 juta untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia. Namun, implikasi cadangan penyelesaian isu nisbah guru dan murid ini kepada kerajaan ialah kerajaan perlu peruntukkan bajet yang lebih besar lagi bagi penyediaan bahan dan peralatan pendidikan yang bersesuaian serta inovatif, menambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan program latihan yang terkini seperti kursus pengurusan bilik darjah serta membina lebih banyak lagi prasekolah di seluruh negara. Melalui data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, bilangan institusi, bilangan kelas dan bilangan murid di Malaysia ini di jadualkan seperti di jadual 1:



Bilangan Institusi
6,076
Bilangan Kelas
9,197
Bilangan Murid
200,687




Data SMPK pada 5 Mei 2016
Jadual 1: Data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Bilangan murid akan bertambah mengikut penambahan enrolmen oleh kerajaan. Oleh demikian, perlunya peruntukan kewangan yang banyak bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan ke atas setiap murid bagi mencapai perkembangan yang holistik.

Implikasi cadangan isu ini kepada ibu bapa pula ialah ibu bapa akan menjadi lebih prihatin dan bertanggungjawab mengenai pembelajaran anak-anak mereka. Menjadi tanggungjawab seseorang ibu bapa itu untuk mengetahui tahap penguasaan pembelajaran anak mereka di sekolah. Dengan adanya aktiviti sukarelawan menjadi tenaga pengajar di sekolah, ibu bapa dapat mempelajari cara penyampaian ilmu yang betul yang boleh diterapkan untuk pembelajaran di rumah sebagai rutin harian terutamanya penguasaan dalam literasi dan numerasi. Sebagai contoh, jika anak mereka lemah dalam mengenal nombor, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu anak mereka sehingga berjaya dengan membuat latihan di rumah.

            Selain itu, implikasi cadangan isu ini kepada guru pula ialah kualiti pengajaran guru bertambah baik kerana guru tidak akan mengalami tekanan stress di sebabkan oleh jumlah murid yang ramai. Malah, guru juga boleh mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti berpusatkan bahan dan berpusatkan murid. Guru akan lebih kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua murid turut serta dalam aktiviti yang dijalankan. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan, murid akan mudah memahaminya. Kaedah pengajaran seperti kaedah simulasi, kaedah projek dan kaedah eksplorasi boleh dilaksanakan di sekolah dan membuatkan murid seronok untuk belajar dan datang ke sekolah. Penilaian juga mudah dibuat kepada murid kerana guru dapat memberi sepenuh perhatian kepada seseorang murid dan mengenalpasti potensi yang ada pada mereka.

            Implikasi cadangan penyelesaian isu ini kepada sekolah juga dapat melahirkan guru dan murid yang berkaliber dan berintegrasi untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Ini kerana dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu, iaitu dari pendidikan awal kanak-kanak, prasekolah ke pendidikan asas, perombakan sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan melalui memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya, menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar, membuat pelaburan ke atas pemimpin unggul di setiap sekolah dan peningkatan daya tarik profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Perkara ini dapat mendatangkan impak yang positif kepada negara dengan lahirnya modal insan bertaraf dunia melalui guru yang berkualiti.

6.0       KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu nisbah guru dan murid di prasekolah ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak iaitu kerajaan, guru, ibu bapa dan sekolah. Selain itu, isu ini perlu dipandang serius supaya pencapaian jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak dapat berkembangan secara holistik. Tuntasnya, isu ini memberi kesan kepada pembangunan dan perkembangan pembelajaran kanak-kanak kerana mereka adalah permata negara yang akan menjadi bakal pemimpin menerajui negara Malaysia pada masa depan.

RUJUKAN
Christopher Dunbar College of Education Michigan State University (2004). Best Practices          of Classroom Management.Diperolehi pada Mei 2 daripada            https://msu.edu/~dunbarc/dunbar3.pdf

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012), Kementerian Pelajaran Malaysia

Finn, J. & Pannozzo, G. (2004). Classroom organization and student behaviour in kindergarten.   Journal of Educational Research, 98(2), 79-91.
Gardner, H.(1983) Frame of Mind: The theory of  multiple intelligences. New York. Basic Books.
Holt,J.(1970) How children fail.Hommoudworth.Penguin
https://image.slidesharecdn.com/kajian-kajianlepasberkaitanpendidikanawalkanak-kanakdiperingkattadikaatauprasekolah-120918005114-phpapp02/95/kajian-kajian-lepas-berkaitan-pendidikan-awal-kanakkanak-di-peringkat-tadika-atau-pra-sekolah-1-728.jpg?cb=1347929546
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-           2025.
Karen Cox (2016). Pre-K Small Group. Diperolehi pada Mei 2 daripada     http://www.prekinders.com/small-group/

Lynne Sacks & Betsy Brown Ruzzi (2005). National Center on Education and the Economy,       The New Commission on the Skills of the American Workforce  Early Childhoo        Education: Lessons from the States and Abroad:July 2005.
Rancangan Malaysia Ke-10
Regina M. Oliver dan Daniel J. Reschly (2007).Effective Classroom Management: Teacher           Preparation and Professional Development. Diperolehi pada Mei 2 daripada  http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED543769.pdf

Room Mom Sport (2016). Volunteers in Classroom.Diperolehi pada Mei 2 daripada            http://www.roommomspot.com/

SimplyCircle (2016). How to Get More Volunteers in Your Classroom.Di perolehi pada     Mei  2 daripada          
http://www.simplycircle.com/how-to-get-more-volunteers-in-your-classroom/

Shim,J., Hestenes,L & Cassidy,D. (2004). Teacher structure and child care quality in         preschool classrooms. Journal of Research in Childhood Education, 19(2), 143-157.
Thomas Coram Research Unit (2002). Research on ratio, group size and staff qualifications           and training in early years and childcare settings. Institute of Education, University           of London.
Ucapan Bajet 2016, Kementerian Kewangan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?