KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

dapatkan article penuh di
https://drive.google.com/open?id=1d-RDJ2ozXAeIhjlEvngzF_V4mMZv-RcNO6xcsgjRq6I

KAEDAH  LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN  BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK
Pensyarah : Dr Zainiah Binti Mohamad Isa
Soolehatulmuthyah binti Jantan,
Asmidar binti Abu Hasan,
Hazlinda binti M.Arif,
Norsuhaila binti Mohd Sarip
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia
UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS
2016

ABSTRAK
Kertas konseptual ini membincangkan elemen-elemen lakonan interaktif sebagai salah satu kaedah pembelajaran dan kesannya dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan literasi awal kanak-kanak. Kaedah ini boleh dilaksanakan di dalam pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah,prasekolah ,tadika,taska mahupun di pusat jagaan kanak-kanak. Sehubungan dengan kaedah ini, diharapkan ia memberikan impak positif bagi menambahkan juga strategi pengajaran pendidikan awal kanak-kanak yang sangat mencabar pada zaman teknologi kini. Selain itu,kaedah ini juga diharapkan boleh memudahkan pihak ibu bapa dan guru yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing , tetapi mahukan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak mereka. Sememangnya corak pendidikan untuk kanak-kanak generasi masa kini perlu dididik mengikut corak zaman mereka kini.Tanpa teknologi seperti lakonan interaktif sebagai pemangkin pembelajaran,proses pembelajaran literasi awal lambat menampakkan keberkesanannya dikekang oleh peredaran masa yang berubah pantas.

ABSTRACT
This conceptual paper discusses about elements of action interactive as a way of learning and their effect in enhancing the children’s language development and early literacy. This method could be implement in teacher’s lesson and learning in school, preschool, kidergarden,nursery and also child care. Therefore,through this methode,we really hope it give a positive impact in increasing the learning strategies of early childhood education which so technologically advance  nowdays. Other then that, we hope that this method may helping parents and teachers who always busy with their profesion , but still want the best education for their children. Perhaps education pattern of children nowdays should follow with their pattern of their growth .Without teknology like interactive act as enhancers of learning, togather the learning process will slow effectiveness causing by time limitation.
PENGENALAN

Sejajar dengan peredaran masa, kebanyakkan kanak-kanak kini gemar bermain dengan aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit, televisyen dan sebagainya. Kajian-kajian banyak menunjukkan bahawa penggunaan multimedia interaktif ini lebih menarik minat untuk kanak-kanak belajar. Noor Aini Ahmad (2012). Penggunaan gambar, animasi dan bunyi boleh membantu kanak-kanak belajar dengan lebih seronok dan mendapat pengetahuan yang baru dengan dengan lebih mudah. Sehubungan itu, pendekatan, strategi dan kaedah yang lebih kreatif perlu dittitik beratkan dalam menjamin perkembangan literasi kanak-kanak.

Melalui  kecanggihan teknologi pendidikan pada masa kini, pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran di inovasikan oleh guru dan pengamal pendidikan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran terutamanya pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak. Lakonan interaktif misalnya merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sudah lama dipraktikkan di dalam sistem pendidikan luar negara

Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting dalam memotivasikan minat kanak-kanak (Moores,1987). Menurut Zamri & Mohamed Amin (2008), multimedia mampu menyampaiakan sesuatu maklumat dengan tepat, cepat, dan boleh dijadikan sebgai daya penarik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selaras dengan perubahan semasa, pembelajaran secara interaktif perlu diperluas dari awal kanak-kanak lagi supaya kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang berkualiti.

PERNYATAAN MASALAH

Membaca dan menulis merupakan satu isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan oleh seluruh masyarakat. Ini kerana kemahiran membaca dan menulis merupakan aspek yang sangat penting dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Menurut Khairul Bariyah, Siti Nazuwah, Zaleha Damanhuri (2010), kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dan telah memasuki alam persekolahan, mereka sudah mampu mengenal huruf, mampu untuk membaca suku kata yang mudah, mampu mngikut arahan tertentu dan mampu membezakan bunyi-bunyi.

            Koh Soo Ling (2006), menyatakan stastistik ada menunjukkan bahawa 40 % daripada 469,038 murid tahun satu bermasalah dalam membaca dan menulis. Murid-murid yang buta huruf semasa darjah satu berkemungkinan mengalami masalah yang sama sepanjang sesi persekolahan. Lantaran ini, pelbagai iniasiatif diambil oleh pelbagai pihak dalam menangani masalah buta huruf dikalangan kanak-kanak ini dari awal lagi. Pelbagai penambahbaikan dilaksanakan dari segi pengajaran dan pengajaran guru, penggunaan bahan bantu mengajar, penambahbaikan kurikulum di peringkat prasekolah dan sebagainya di jalankan bagi membenteras masalah ini sekaligus melahirkan kanak-kanak yang sifar LINUS.

Moyles  (2005), bermain  adalah  pengalaman  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  terbaik  dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak  Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran  tidak  boleh  dipisahkan  dengan  kehidupan  seharian  kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan  dan  minat kanak-kanak. Jesteru itu, bagi merealisasikan matlamat tersebut, Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK), mengatakan bahawa pengajaran  dan  pembelajaran  perlu dilakukan  mengikut  minat  murid  serta  belajar  sambil  bermain.  Melalui  kaedah  pembelajaran tersebut, didapati kanak-kanak belajar bersosial dan menjumpai perbagai literasi bahasa yang membantu perkembangan  pendidikan  mereka.

OBJEKTIF PENULISAN

I)                   Membincangkan elemen-elemen lakonan interaktif dan ciri-cirinya mengikut kesesusaian kanak-kanak diperingkat awal.
II)                Membincangkan kesan-kesan lakonan interaktif terhadap perkembangan bahasa dan literasi
III)             Membincangkan peranan ibu bapa dan guru dalam lakonan interaktif


DAPATAN DAN PERBINCANGAN                         

Definisi Lakonan Interaktif

Menurut Suppiah Nachiappan (2015), lakonan ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah berasaskan pendekatan induktif, iaitu kaedah terus elektif dan audiolingual. Tujuan  utamanya adalah untuk melatih kanak-kanak menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan dan kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
           
Chen dan Ding (2005), media interaktif merujuk kepada bahan digital seperti program perisian, pemgaturcaraan televisyen, e-buku, internet dan lain-lain. Media pembelajaran interaktif merupakan suatu sistem penyampaian pengajaran yang memaparkan video rakaman dengan pengendalian komputer kepada penonton yang tidak hanya mendengar video dan suara, tetapi memberikan respon yang aktif.  Lakonan interaktif ini memiliki unsur audio-visual.
           
Pembelajaran interaktif ialah ungkapan yang digunakan untuk menghuraika saling berhubung antara satu sama lain. Kecepatan urutan media dikawal oleh individu itu atau dikendalikan oleh komponen media program tersebut. Seperti bertentangan dengan maklumat yang diperhatikan secara pasif, seperti mana yang berlaku dalam pembelajaran media tradisional, pebelajaran interaktif ini menghasilkan pengajaran yang berkesan. Interaktif  ialah rancangan di sebalik sesuatu program multimedia itu sendiri, Interaktif membolehkan seseorang mengekses berbagai bentuk media dalam satu program multimedia sehingga memberi kepuasann kepada pengguna (Hajah Ramlah, Shahada Usof, Omar Hisyam, 2013).

Konsep  interaktif  dalam multimedia  dikatakan  mampu  mengatasi  batasan-batasan  yang  terdapat  dalam kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  tradisional  di  mana  suasana pembelajaran secara konvensional tidak menyediakan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dalam kelas (Ab Aziz  et al., 2005). Gabungan  komponen-komponen  yang  menghasilkan  multimedia interaktif, lakonan interaktif adalah salah satu komponen penting dalam multimedia bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teori-teori berkaitan lakonan interaktif terhadap perkemnbangan bahasa dan komunikasi.

i)Teori Nativis
Terdapat dua teori yang berkaitan antaranya  ialah teori Nativis dan teori ‘sokongan’ Vygotsky  Bagi teori Nativis, golongan Nativis percaya bahawa kanak-kanak menguasai bahasa secara semula jadi tanpa perlu dilatih atau dipaksa. Hal yang demikian ini bermaksud kanak-kanak akan menguasai bahasa seperti mereka menguasai kemahiran merangkak, kemudiannya bertatih dan akhirnya berjalan. Bahasa dikuasai kerana bahasa memberikan makna dan kemudahan berinteraksi dalam kehidupan kanak-kanak tersebut seperti berjalan memberikan mereka kemudahan untuk mereka bergerak ke merata tempat. Mereka tidak perlu diajar secara formal untuk menggunakan bahasa. Secara semula jadinya mereka akan dapat melahirkan kata-kata dalam bahasa ibunda apabila telah tiba pada sesuatu usia yang tertentu.
           
Ahli teori Nativis juga menegaskan bahawa penguasaan bahasa adalah satu proses sosial yang dilakukan  oleh manusia. Manusia berinteraksi antara satu sama lain bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan. Dalam keadaan normal, seseorang kanak-kanak akan dapat menguasai tatabahasa asas bahasa ibundanya sebelum mencapai ulang tahun kelahirannya yang kelima. Ketika dalam usia kanak-kanak tersebut memasuki kelas Tadika dan Tahap Satu persekolahan, mereka telah mempunyai asas bahasa yang kukuh.
           
Menurut ahli teori Nativis ini lagi penguasaan bahasa ialah satu proses berterusan dan tidak ada batasannya. Setiap waktu manusia akan terus mempelajari aspek bahasa yang baharu menerusi interaksi dan pengalaman yang mereka lalui. Oleh itu bahasa akan terus berkembang mengikuti perkembangan hidup masyarakat yang menggunakannnya.
ii) Teori Pendekatan Sosiobudaya
Seterusnya ialah tokoh  bahasa yang berasal dari Russia ialah Lev Semanovich Vygotsky ( 1896-1934). Vygotsky ini percaya bahawa kanak-kanak akan dapat memikul beban menguasai kemahiran berbahasa dengan bantuan orang dewasa ( Mahzan Arshad & Wu Hseuh Chen, 2009). Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu mendapat pendedahan yang kaya dengan aktiviti berbahasa bagi menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Konsep ini menegaskan bagaimana seseorang kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka menerusi pembelajaran, bukan menerusi proses semula jadi semata-mata. Konsep ini juga menegaskan bagi memperkayakan keupayaan bahasa kanak-kanak, mereka perlu mendapat banyak pendedahan dan latihan yang berterusan dan bermakna.
           
Seterusnya ialah konsep ‘ sokongan ‘ Vygotsky. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara meniru atau mengulangi apa yang didengar atau dialaminya sepanjang hayatnya. Konsep “ sokongan ” yang disarankan oleh Vygotsky ialah satu konsep yang menegaskan bahawa kanak-kanak perlu menerima sokongan daripada orang dewasa bagi menguasai kemahiran asas berbahasa. Apabila mereka telah mempunyai asas bahasa yang kukuh ini, maka sokongan tersebut secara beransur-ansur akan dilepaskan
           
Teori beliau mengutamakan interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang dewasa dalam pembentukkan kognitif kanak-kanak. Pengetahuan kanak-kanak bertambah, hasil daripada interaksinya dengan persekitaran sosial melalui aktiviti berikut. Pertuturan persendirian adalah cara kanak-kanak berfikir berkenaan tingkah lakunya, iaitu secara bercakap pada diri sendiri, semasa melakukan sesuatu aktiviti pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak mengarah sendiri ( melalui pertuturan sendiri) dalam menyempurnakan permainan teka-teki atau puzzle daripada cerita Dora the explorer, Barney and Friend, Sesame Streets dan sebagainya. Kanak-kanak melatihkan kemahiran mereka melalui permainan olok-olok. Permainan tersebut adalah satu konteks sosial yang membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
           
Kerangkaan dalam usaha mengajar kanak-kanak, kualiti bimbingan atau sokongan yang diberikan pada sesuatu sesi pembelajaran berubah-ubah berdasarkan kebolehan semasa sesesorang kanak-kanak menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran. Membina kemahiran kanak-kanak disamakan dengan aktiviti membina rumah. Bagi membina rumah yang rumit, kerangkaan yang rumit dan terperinci diperlukan. Kerangkaan dalam konteks pengajaran adalah sama dengan langkah kecil melalui aktiviti pengajaran yang disusun daripada yang termudah sehingga dalam usaha membina sesuatu  kemahiran kanak-kanak.
           
Pengajaran timbal balik berlaku dalam satu kumpulan yang terdiri daripada seorang guru dan beberapa orang kanak-kanak. Pengajaran ini berlaku apabila ahli dalam kumpulan tersebut berbincang berkenaan satu topik pelajaran dengan menggunakan empat strategi pemikiran kognitif iaitu menyoal, merumus, menjelaskan dan meramalkan. Pembelajaran bekerjasama berlaku dalam satu kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan. Kanak-kanak tersebut akan bekerjasama mencapai satu matlamat disamping meningkatkan peluang belajar mereka.

Dalam proses pembelajaran, terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan sendiri oleh kanak-kanak. Mereka hanya dapat disempurnakan aktiviti tersebut dengan bantuan orang dewasa atau pun rakan sebaya yang lebih mahir. Menurut Vygotsky, proses pembelajaran ini telah dijalankan dalam kemampuan semasa, iaitu kawasan perkembangan terdekat kanak-kanak tersebut. Kawasan perekembangan terdekat membenarkan kanak-kanak mengalami pembelajaran baru yang tidak mungkin tercapai tanpa bantuan daripada orang yang lebih mahir.

Ciri-ciri pemilihan lakonan interaktif mengikut kesesuaian kanak-kanak diperingkat awal.

Ciri-ciri pemilihan lakonan interaktif menikut kesesuaian kanak-kanak di peringkat awal adalah kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam lakonan interaktif, kawalan kanak-kanak, terbuka, rentak dan pergerakan, perwakilan objek konkrit dan menarik, bunyi yang menarik, fleksibel, maklumat balas dan penguasaan pengendalian. Pertama adalah kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam lakonan interaktif. Pastikan ia mempunyai pelbagai tahap supaya kanak-kanak dapat memilih tahap yang lebih rendah sekiranya mereka kurang mahir, dan memilih tahap yang lebih tinggi apabila kemahiran sudah meningkat. Rancangan lakonan interaktif yang hanya satu tahap cepat membosankan kanak-kanak walaupun umur yang dinyatakan sesuai, mungkin ia terlalu mudah ataupun sukar padanya ini dapat menghalang minat kanak-kanak.
           
Seterusnya kawalan kanak-kanak, programnya menggalakkan kanak-kanak memilih program dan aktiviti yang diminati serta dapat meneroka dengan bebas. Kanak-kanak dapat menamatkan penggunaannya atau menukar aktiviti pada bila-bila masa sahaja. Terbuka lakonan interaktif yang baik secara aktif menggalakkan kanak-kanak meneroka. Tujuannya untuk belajar melalui proses daripada hasil akhir dan jawapan yang betul. Ia juga membenarkan kanak-kanak kreatif dan dapat menyelesaikan masalah. Rentak ataupun pergerakan dalam sesuatu program hendaklah dikawal oleh ibu bapa atau guru mengikut kebolehan kanak-kanak. Seterusnya perwakilan objek konkrit dan menarik.

 Lakonan interaktif yang menggunakan ikon bergambar yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ikon tersebut hendaklah dapat memberi maklumat dan arahan yang senang difahami oleh kanak-kanak. Dengan adanya ikon tersebut, ia dapat membantu kanak-kanak berfikir secara konkrit dan dapat membuat aktiviti secara perseorangan. Ikon dalam lakonan interaktif untuk kanak-kanak hendaklah berwarna asas seperti merah, biru ataupun hijau primer dan berbentuk mudah. Pergerakan atau animasi watak, gambar dan perkataan juga dapat menambah tarikan kepada kanak-kanak.
Selain itu, bunyi yang menarik, pergerakan yang diiringi dengan bunyi yang menarik. Sekirannya bunyi tersebut suara, ianya haruslah mengandungi suara yang jelas, semula jadi dan perkataan senang difahami. Sekiranya bunyi berbentuk muzik haruslah mengandungi muzik yang mudah dan ceria. Fleksibel program yang baik memberi ruang kepada kanak-kanak belajar dengan pelbagai stail pembelajaran iaitu tahap kerumitan bagi menyesuaikan matlamat guru dan kebolehan kanak-kanak. Maklumat balas bagi lakonan interaktif yang berkesan hendaklah memberi maklum balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Maklum balas mungkin merupakan yang positif ( bila berjaya) ataupun neutral ( seperti “cuba lagi”). Yang penting maklum balas tersebut memberi panduan yang membantu kanak-kanak mengambil tindakan yang seterusnya dan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahirannya. Penguasaan pengendalian lakonan interaktif yang berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak membolehkan mereka mengendalikan tanpa banyak bantuan ataupun penyeliaan daripada orang dewasa dengan jayanya.

Elemen-elemen lakonan interaktif

i)Teks
Elemen ini merupakam elemen asas dalam menyampaikan maklumat.Merupakan satu bentuk tulisan yang memberikan maksud penyampaian dan menghubungkan perkataan menjadi ayat untuk disebut si pelakon.Ia berupaya memberikan penekanan dalam isi kandungan yang disampaikan dan berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat.

ii) Grafik
Merupakan penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat .Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik ,bukan sahaja membantu kanak-kanak mengingat malah menyokong pemahaman mereka( Valiquette,Sutton dan Ska ,2010) .Grafik yang menarik misalnya iklan-iklan kartun di television pun boleh diingati kanak-kanak apabila ia diulang beberapa kali di kaca television.Ini memberikan cara mudah membantu kanak-kanak mengingat.Grafik ini sememangnya membantu menyampaikan maklumat yang hendak disampaikan maka objektif pembelajaran akan juga mudah tercapai kerana kaedah penyampaian maklumat  begini begitu menarik minat kanak-kanak.

iii)Audio
Merupakan satu komukasi yang menyampaikan maklumat melalui deria pendengaran melalui penyampaian suara latar kepada para pendengar.Ia merupakan alat perhubungan antara grafik da audio kepada penonton lakonan interaktif. Komunikasi merujuk pada pemindahan  maklumat daripada seseorang kepada orang lain yang biasanya melalui pertuturan,lisan dan tulisan(Mukherji & O’Dhea, 2000)

iv) Video
Merupakan gabungan semua elemen teks,grafik dan audio di dalam sesuatu persembahan hidup yang menarik ditambah dengan grafik yang berwarna-warni. Komunikasi melalui perhubungan media ini terhadap penonton meningkatkan daya dan kemahiran mendengar dan melihat.  Ini kerana komunikasi bergantung pada kesesuaian penggunaan komunikasi bukan lisan(mata.tangan,ekspresi muka, dan bahasa badan), kemahiran mendengar,kemahiran turn-taking dan tujuan bahasa( Mukherji & O ‘Dhea, 2000). Disebabkan itu terdapat juga video yang tidak memberikan suara pelakonnya tetapi sekadar pergerakan tubuh badan,mimik muka di dalam penceritaan.

Kaedah lakonan interaktif

i) Memilih perisian komputer 
Perisian komputer menjadikan hardware berguna. Arahan dalam program membolehkan pengguna bermain permainan, menaip cerita, mencipta kreativiti dan membuat muzik. Terdapat pelbagai perisian untuk merangsang perkembangan kanak-kanak. Antaranya perisian berunsurkan pendidikan (educational software), perisian berbentuk rujukan, perisian untuk menulis, menulis, membentuk bunyi, perisian berbentuk permainan dan sebagainya. Bagi perisian berunsurkan pendidikan ( educational software) terdapat dua jenis perisian berunsurkan pendidikan iaitu perisian yang memberi peluang untuk kanak-kanak mendapat pengetahuan dan mengukuhkan pengetahuannya melalui ulangan dan latihan. Perisian yang berciri tutorial, memberi pemahaman mendalam serta penguasaan maklumat dalam satu bidang atau mata pelajaran. Perisian jenis ini dapat memenuhi perkembangan yang hendak dicapai dari semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak parsekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Contoh perisian yang sesuai dengan kanak-kanak prasekolah bagi meningkatkan pemahaman terhadap matematik antaranya adalah Let’s learn shape and color with Prof.Rom ; Hello Kitty, Fisher Price Ready to Preschool, Math Studio Station dan lain-lain.
           
Perisian berbentuk rujukan, seperti Encarta yang member maklumat mengikut keperluan dan minat membaca kanak-kanak. Perisian untuk menulis, melukis dan membentuk bunyi ataupun muzik boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk mencatat idea dan menlengkapkan hasil kerja mereka. Seterusnya perisian berbentuk permainan untuk pilihan kanak-kanak iaitu permainan bergerak atau action games seperti Dora the explorer, Harry Potter dan Herc’s Adventure berasaskan watak yang digemari oleh kanak-kanak bagi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti lakonan interaktif melalui komputer. Permainan arcade seperti permainan pin ball ataupun brick yang dapat meningkatkan kawalan motor iaitu koordinasi mata dengan jari ketika menggunakan joystick, tetikus ataupun papan kekunci. Seterusnya permainan stimulasi seperti Sim City, Sim Island, Theme Hospital, Black and White yang menggambarkan keadaan apabila terjadi sesuatu, misalnya apa yang akan berlaku sekirannya terdapat terlalu ramai penduduk dala sesuatu Bandar dalam permainan Sim City ataupun kesan buruk daripada kelakuan “jahat” dalam Black and White.
            Permainan adventure seperti Dora the explorer, Dr Brain, dan King’s Quest yang melatih kebolehan kanak-kanak membayang dan menyelesaikan sesuatu masalah. Permainan puzzle ataupun board seperti permainan kad ataupun catur yang dapat digunakan bagi meningkatkan ingatan kanak-kanak melalui mencari pasangan kad. Permainan berperanan, RPG atau role play games seperti Baldur’s Gate member kanak-kanak peluang untuk membayangkan fikiran dan tindak balas orang lain. Permainan ini dapat mengembangkan perspektif dan nilai kanak-kanak dengan membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain dan membezakan sesuatu tingkah laku yang membawa kesan yang baik atau jahat. Permainan strategi seperti Age of Wonders, Warcraff dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan membuat keputusan.

ii)Menggunakan Teknologi Interaktif.
1)      Televisyen
2)      Video game
3)      Komputer dan jaringan internet.

Contoh tontonan rancangan lakonan interaktif dalam televisyen.

Tajuk rancangan : Dora the explorer
Genre: pengembaraan kanak-kanak
Dicipta oleh : Chris Gifford
Berakhir tema pelbagai tema penutup
Negara asal Amerika Syarikat
Bahasa asal Bahasa Inggeris (s)
Sepanyol (Mengajar Spanish)
 Dora Explorer adalah rancangan televisyen kanak-kanak yang menyumbang banyak nilai pendidikan dalam hal perkara yang berbeza. Program ini menggalakkan kanak- kanak celik dalam cara yang berbeza. Penggunaan pengulangan dan hafalan hafalan membantu dengan literasi kerana ia meminta kanak-kanak untuk berkali-kali mengaitkan perkataan atau frasa dengan apa yang mereka lihat berlaku di acara itu. Juga, lagu-lagu, teka-teki, dan teka-teki yang digunakan sepanjang persembahan menggalakkan celik kerana mereka menggunakan penyelesaian masalah dan pengulangan untuk membantu mereka memahami apa yang berlaku dan membenarkan mereka untuk mengingati lagu-lagu dan teka-teki dan mengaitkan lagu, teka-teki dan teka-teki untuk kehidupan peribadi mereka. Mungkin bahagian yang paling berpengaruh persembahan yang menggalakkan literasi adalah kualiti interaktif persembahan. Beberapa kali setiap persembahan Dora meminta kanak-kanak untuk memuat mengulangi sesuatu kembali kepada beliau atau hanya untuk menjawab soalan yang dia meminta. Kualiti interaktif persembahan membantu dengan literasi kerana ia memastikan kanak-kanak terlibat dalam persembahan dan supaya mereka tidak hanya duduk memerhati. Mempunyai anak-anak bercakap dengan Dora menyimpan otak mereka lebih terlibat dan menjadi bersedia untuk menjawab soalan yang bermakna mereka lebih cenderung untuk menyerap maklumat dan menyimpannya dalam fikiran mereka untuk digunakan di luar persembahan.
           
Selain itu, program Dora Explorer adalah untuk mengajar kanak-kanak bagaimana untuk memerhatikan keadaan dan masalah menyelesaikan kerana mereka meneroka dengan Dora. Kanak-kanak belajar asas perkataan English dan frasa. Mereka juga belajar kemahiran matematik, muzik, dan koordinasi fizikal. Kanak-kanak diminta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam penerokaan melalui pergerakan fizikal dan lisan bertindak balas kepada soalan yang ditanya semasa persembahan. Acara ini juga membantu kanak-kanak belajar tentang meminta bantuan, berhenti untuk berfikir, dan menggunakan apa yang mereka tahu untuk menyelesaikan masalah.

iii) Animasi
Kanak-kanak masa sekarang lebih banyak menonton rancangan kartun di dalam bentuk animasi.Iaitu pergerakan visual dan grafik berwarna warna tetapi tidak hidup secara realit. Ia berbentuk kartun yang direka pelbagai rupa bagi menarik minat kanak-kanak menontonnya. Animasi yang dihasilkan bukan pelakon realiti yang menunjukkan ciri-ciri hidup,di mana sesuatu perbuatan yang tidak logik dan tidak masuk akal boleh dilakonkan oleh pelakon tersebut. Animasi bukan sahaja meningkatkan kemahiran mendengar dan melihat kanak-kanak namun meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak.Asalkan ia tidak melangkau batas budaya dan corak pendidikan kanak-kanak konsep animasi ini boleh digunakan. Ini kerana terlalu banyak program animasi di media sosial yang memaparkan banyak budaya luar juga.Maka peranan ibu bapa amatlah penting dalam memantau pemilihan animasi ini semasa anak-anak menontonnya.

Kualiti  dalam Rancangan Lakonan Interaktif.

Menurut Buku Teresa M. McDevitt, Jeanne Ellis Ormrod, Glenn Cupit, Margaret Chandler, Valerie Aloa “Child Development and Education”:
1)      Berwarna-warni dan bergerak (animasi)
2)      Isi kandungan rancangan dan permainan.
Rancangan televisyen yang mengandungi nilai pendidikan yang mengajar kanak-kanak tentang tatabahasa, pengecaman perkataan, pembacaan, sains dan penyelesaian masalah. Contohnya Dora the explorerr.
3)      Komunikasi dua-hala.
Rancangan atau program tersebut bertanyakan soalan mengkehendaki kanak- kanak menjawab dan memberikan respon.

Kesan lakonan interaktif sebagai alat ransangan pembelajaran

Terdapat pelbagai jenis lakonan interaktif iaitu lakonan interaktif melalui komputer, televisyen dan video, buku interaktif dan sebagainya. Penggunaan lakonan interaktif iaitu komputer sebagai alat ransangan pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer. Aktiviti kanak-kanak dengan menggunakan komputer kini diaplikasikan dalam Kurikulum Pendidikan Prasekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penggunaan komputer di dalam P&P memberi banyak faedah. Hasil penyelidikan lepas menunjukkan komputer menyediakan peluang pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. Melalui komputer kanak-kanak mendapat berbagai-bagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Di samping itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri.

            Melalui penggunaan komputer, kanak-kanak diberi kebebasan membuat pilihan dari segi jenis dan tahap pembelajaran yang mereka ingin ikuti. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran yang lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisian komputer. Sepanjang proses pembelajaran berbantu komputer, kanak-kanak dibenarkan belajar dalam suasana yang selesa, tanpa rasa malu dan bersalah. Kajian Clements ( 1987) serta Hough dan Ellis (1997) menunjukkan bahawa melalui penggunaan komputer, kanak-kanak dapat menulis dan menghasilkan sesuatu yang kreatif, mengurangkan kebimbingan apabila melakukan kesilapan, kepuasan dan keyakinan dengan tulisan mereka kerana teks mereka kelihatan lebih baik, mengurangkan masalah menulis atas sebab kawalan motor, kemudahan untuk menyemak hasil kerja mereka, meneruskan sesuatu kerja kerana mereka tahu bahawa mereka akan diberitahu cara untuk meneruskan kerja. Kanak-kanak terdorong untuk belajar dengan penggunaan komputer kerana maklum balas yang diberi oleh komputer berbentuk (i) nasihat yang neutral serta member jawapan yang betul ataupun dengan kenyataan  “cuba lagi”, “try again” yang terdapat dalam cerita Dora the explorer apabila mereka melakukan kesalahan, dan (ii) galakan positif seperti perkataan “menakjubkan” ataupun markah yang tinggi  dan kebenaran bergerak ke tahap yang lebih mencabar ketika berjaya.

            Seterusnya lakonan interaktif melalui televisyen dan video. Televisyen boleh memberi pendidikan. Rancangan kanak-kanak yang ditayangkan membantu mengajar mereka membaca, mengira dan memperkenalkan mereka kepada idea-idea imaginatif dan pengalaman. Walau bagaimanapun, kalau dulu rancangan kanak-kanak hanya mendedahkan mereka kepada televisyen untuk jangka masa pendek, tetapi kini dengan kemajuan teknologi, misalnya lebih banyak rangkaian, televisyen kabel dan terutama sekali video, kanak-kanak menghabiskan banyak masa menonton televisyen. Ibu bapa mungkin berpendapat bahawa televisyen boleh merangsangkan daya imaginasi kerana kanak-kanak kerap kali melakonkan watak kegemaran mereka. Seperti kanak-kanak, tentunya kita semua suka meniru watak kegemaran kita, tetapi jika dirangsangkan dalam cara yang lebih aktif, misalnya dari segi berpakaian, kanak-kanak memang bijak mencipta watak mereka sendiri. Televisyen menerbitkan kemalasan imaginatif kerana ia memainkan fungsi ciptaan imaginatif.

            Kadang-kadang televisyen memberikan pengalaman imaginatif yang bernilai kepada anak anda kerana mereka boleh belajar konsep-konsep baru, seperti memberitahu masa, dan berasa seronok melakukannya. Ia merupakan satu sumber maklumat kepada anak anda. Namun begitu, para pakar berpendapat bahawa menonton televisyen satu jam sehari sudah cukup untuk kanak-kanak kecil. Jika tidak, masa yang sepatutnya digunakan untuk permainan aktif, membuat penemuan dan perhubungan akan hilang dan boleh menghadkan perkembangan anak anda sepenuhnya.

Kesan lakonan interaktif terhadap perkembangan sosioemosi ,kognitif dan fizikal.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan lakonan interaktif dapat memenuhi aspek-aspek perkembangan sosioemosi, perkembangan kognitf dan perkembangan fizikal. Perkembangan sosioemosi dapat memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara pasangan ataupun kumpulan, memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi, berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.

Seterusnya perkembangan kognitif iaitu mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan, menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak, membentuk kemahiran awal bacaan seperti, apa akan terjadi apabila kekunci ditekan dan maklum balas berlaku sepanjang program, memperluaskan kreativti seperti menjalankan program yang menggalakkan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah.

Kesannya terhadap perkembangan fizikal pula, ia boleh membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci, meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursor ke tempat yang dipilh di atas skrin, memperbaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin.

Kesan lakonan interaktif terhadap perkembangan bahasa dan literasi

Menurut (Zainiah & Juppri , 2014) ,antara komponen literasi awal ialah kesedaran  fonologi( Gonemik dan fonetik) .Melalui lakonan interaktif yang boleh diulang tayang berkali-kali mampu membantu meningkatkan perkembangan literasi awal dan bahasa kanak-kanak apabila mereka boleh mengikut bunyi-bunyi yang dibuat menjadi perkataan bermakna.

Perkembangan fonologikal merupakan komponen perkembangan bahasa yang berkaitan dengan pemahaman dan pengeluaran bunyi-bunyi bahasa pertuturan(Rohani , 2001). Diharapkan dengan kaedah lakonan interaktif ini membolehkan perkembangan fonoligikal kanak-kanak bertambah seiring perkembangan literasi awal mereka.Interaktif antara kanak-kanak dan orang dewasa  adalah faktor kunci di dalam peningkatan penglibatan pelajar dan kesannya,bahasa dan komunikasi dua hala adalah dasar utama literasi awal ,Tickell , C.(2001).

Bunyi atau persoalan yang berulang di dalam lakonan interaktif di dalam program Dora the Explorer misalnya yang diutarakan kepada penontin dapat membuatkan kanak-kanak terikut-ikut bunyi yang disampaikan secara langsung menjawab pertanyaan pelakon. Ini meningkatkan komunikasi dua hala dan pertuturan mereka kerana kanak-kanak ;
i)dapat mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa.
ii)dapat memahami tekanan bunyi-bunyi bahasa sama ada lembut atau keras sesuatu ucapan.
iii) Menilai intonasi bunyi-bunyi naik turun sesuatu bahasa dengan kosa kata  dan tatabahasa yang betul .
iv) bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa yang melambangkan emosi,marah sedih,gembira dan sebagainya .

Peranan ibu bapa

Bagi peranan ibu bapa, mereka perlu memantau segala aktiviti kanak-kanak di rumah kerana tanpa pengawasan yang rapi di peringkat awal ini, kanak-kanak akan mudah terpesong dengan ajaran yang tidak sepatutnya di laman sosial media ini seterusnya meningkatkan risiko masalah sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja. Penggunaan media di rumah harus dihadkan oleh ibu-bapa mengikut keperluan kanak-kanak itu sendiri hanya untuk pembelajaran dan pengajaran supaya nilai-nilai yang baik dapat diserapkan dalam diri kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh Dora the explorerr karena saya rasa konsep dan penyajiannya cukup menarik dilihat dari bagaimana Dora dan Boat aktif mengajak anak untuk ikut serta menjawab pertanyaan, mengulang dialog, menari atau bernyanyi sehingga membuat anak mudah mengingat dan lebih mudah juga untuk mempelajari sesuatu. Selain itu ibu bapa dapat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris kanak-kanak melalui cerita-cerita daripada lakonan interaktif melalui komputer,televisyen, video dan dan sebagainya.

Peranan guru

Peranan guru-guru juga sangat penting dalam pembelajaran kanak-kanak itu tidak akan sempurna tanpa guru-guru yang mengajar mereka. Tenaga pengajar perlu memberi komitmen dan kerjasama dengan memaksimumkan penggunaan multimedia sebagai alat bantu mengajar di dalam setiap subjek yang diajarnya. Para guru perlu memahirkan diri dengan teknologi ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar dapat menerima ilmu daripada guru dengan mudah. secara tidak langsung untuk memahirkan guru-guru menggunakan pelbagai alat berasakan teknologi yang lebih canggih dan menarik kepada murid-murid. Daya menarik melalui animasi dan multimedia interaktif boleh menarik minat kanak-kanak dan memikat mereka untuk kekal dan bertumpu mengikuti persembahan guru dalam proses penyampaian ilmu dan maklumat kepada mereka.

RUMUSAN
Secara rumusannya kita dapat membincangkan bahawa melalui perdengaran, pertuturan,komikasi berkesan dan visualisasi boleh meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak terutama perkembangan bahasa dan literasi awal. Kaedah lakonan interaktif melalui pemilihan perisisan,pemilihan rancangan dan penggunaan media teknologi sebenarnya mengikut arus perkembangan dan corak pendidikan kanak-kanak pada masa ini. Kaedah lakonan yang betul apabila digunakan pada masa yang betul  sememangnya boleh meningkatkan kesan perkembangan bahasa dan literasi awal pada tahap yang memuaskan pelbagai pihak terutama ibu bapa yang mahukan perkembangan bahasa  anak mereka berkembang mengikut umur yang sepatutnya. Walau bagaimana pun peranan ibu bapa dan guru penting bagi menyokong kaedah ini kerana tanpa pihak seperti ini, kaedah lakonan interaktif ini kurang mendatangkan impak positif kepada kanak-kanak kelak.

RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin, Zainun Ishak (  2001 ), Pendidikan Pra Sekolah untuk Guru.
Utusan     Publications & Distributors Sdn Bhd
Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. (2005). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Aziz, S., Loh S. K., Maseran, H., M Yunus, A. S., A. Wahab, Z. & Sulaiman, Z. A.  (2005).    
Penggunaan  Flash  Dalam  Pembangunan  Koswer  Fizik Gelombang  Dalam     
Persekitaran  Internet.  Prosiding-  ICT  Pendidikan Malaysia 2005.
Brewer, J.A. (1992). Introduction to early childhood education: preschool through
            primary grades. Boston: Allyn and Bacon.
Chen, P., & Ding, W. (2005). Knowledge Management for Agent-  Based Training System.   
In Lin, F. O. Designing Distributed Learning Environment with Intelligent Software Agents  (pp 147-148). USA: Information Science Publishing.
Dr Shahizan Hasan, Ahmad Shahabudin Che Noh ( 2006), Panduan merancang aktiviti
prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Dr Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahamd ( 2004), Panduan Kurikulum
Prasekolah. PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Dr Shahizan Hasan, Ahmad Shahabudin Che Noh ( 2006), Panduan merancang aktiviti
prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Jalongo,M.R., & Isenberg, J. P.(1997) Creative expression and play in early
            childhood.(2nd Ed.) New Jersey: Merill.
Johnson, J. e., Christie J.F. dan Wardle, F., 2005. Play, Development and Early Eduacation. 
            Pearson. Boston.
Koh Soo Ling (2006), Write From the start, News Straits Time Press. Diperolehi Mei 10, 2009
            daripada http://archives.emedia.com.my
Mahzah Arshad (2012), Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Mukherji, P. & O’Dea, T. (2000). Understanding children language and literacy. United
Kingdom: Standley Thrones.
Rohani Abdullah.(2001) Perkembangan kanak-kanak ;Penilaian secara portfolio. Serdang
Selangor,Penerbit Universiti Putera Malaysia
Tickell, C. (2001) The Early Years: Foundation for life and Learning.An independent stage to the
Majestry’s Government.
Valiquette, C.,Sutton , A., dan Ska, B 2010. A graphic symbol tool for the evaluation of
communication ,satisfaction and priorities of individual with intellectual disability.
Sagepub. Co.Uk/Journalspermission .Nov 26(3)  303-319
Zainiah binti Mohamed Isa & Juppri bin Bacotang  (2014) Kemahiran Literasi Awal bagi Kanak-
kanak Taska . Seminar kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak .





Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

HALANGAN NK BUAT AMWAY?