PROMOSI ARTISTRY SEPT 2017


Rawatan Vitamin C + HA Termaju PENJAGAAN KULIT INTENSIF 

ARTISTRY (2/pk)
120524

Memperkenalkan penyelesaian penjagaan kulit intensif yang termaju dari segi saintifik – Rawatan Vitamin C + HA Termaju PENJAGAAN KULIT INTENSIF. Dengan membebaskan serbuk vitamin C yang tulen dan segar ke dalam Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan cecair dengan Ekstrak Ceri Aserola, anda mempunyai kuasa muktamad untuk membantu menguatkan sistem sokongan kulit, memaksimumkan kandungan lembapan dan memberikan penampilan kulit lebih berisi.


Ciri-ciri
Rawatan Vitamin C + HA Termaju menangani tiga faktor utama garis ekspresi – Pergerakan, Kegebuan dan Antioksidan dengan dua teknologi hebat:

Kompleks Vita-C
Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan
Ia diilhamkan oleh rawatan suntikan pengisi pakar dermatologi.*
*Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik
Manfaat

Terbukti secara klinikal dalam mengurangkan dengan ketara semua garis ekpresi utama termasuk kedutan pada sudut mata, garis senyum, kedutan di dahi/garis kerisauan, garis kening/garis kerutan dan garis 11.
Mengembalikan semula penampilan pejal dan penuh pada kulit untuk tampak gebu dan muda.
Membantu mencegah penampilan garis yang disebabkan oleh serangan persekitaran dengan perlindungan antioksidan yang hebat.
Ia mempunyai penutup pengaktifan pertama jenama ARTISTRY yang mengekalkan ketulenan dan kuasa Vitamin C 100% tulen hingga ke saat pelanggan memulakan rawatan.

Kompleks Vita-C:
Menggabungkan Vitamin C Tulen 100% dalam penutup pengaktifan dan ekstrak ceri aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum, Kompleks Vita-C menawarkan:
Manfaat antipenuaan berganda
Perlindungan antioksidan yang berkuasa
Inovasi pembungkusan paling berkesan
Sokongan Jualan

Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF ini termasuk pekatan Vitamin C yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Ia bukan sekadar Vitamin C. Kompleks Vita-C ialah adunan pintar Vitamin C Tulen 100% yang ditempatkan di dalam penutup pengaktifan inovatif kami, ditambah dengan Vitamin C diperkuat fitonutrien kami yang terdapat dalam Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE di dalam serum itu.

Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan 
Rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF menjadikan kulit kekal gebu dan terhidrat dengan pekatan Hialuronik (HA) yang tertinggi dalam rumusan ARTISTRY. Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan yang dihasilkan dengan teliti berfungsi di pelbagai tahap untuk menangani kehilangan semula jadi HA yang boleh menonjolkan penampilan garis ekspresi.

Ia dipanggilnya "Dwitindakan" kerana ia berfungsi dalam dua cara. Saintis ARTISTRY menggabungkan polimer HA berlainan saiz yang menyasarkan tahap permukaan kulit yang berbeza dengan kesan pelengkap.

* Kegebuan Serta-Merta di Tahap Atas: i tahap atas permukaan kulit, filamen HA yang lebih besar dengan "berat molekul tinggi" memberikan kesan kegebuan serta-merta. Saiznya menyebabkan ia tidak dapat menembusi secara mendalam. Oleh itu, ia kekal di tahap atas, tempat isipadu tambahan lebih penting.

* Kelembapan dan Keanjalan di Tahap Bawah: Helaian HA "berat molekul rendah" yang halus mampu menembusi ke dalam permukaan kulit. Di sana, ia meningkatkan dan mengimbangkan tahap kelembapan dalaman kulit, menjadikan kulit lebih terhidrat dan lebih anjal lama-kelamaan.

UNTUK MENYAPU PRODUK SELEPAS PENGAKTIFAN AWAL
1. Setiap pagi dan malam selepas membersih dan menyegarkan kulit 
2. anda, letakkan 4-5 titik rawatan diaktifkan ke tapak tangan anda kemudian sapu pada muka dengan hujung jari.
3. Sapu menyeluruh dengan memberi tumpuan pada garis ekspresi yang ketara sambil mengelak daripada terkena mata. Susuli dengan pekatan dan pelembap penjagaan kulit harian.
Masa untuk Botol Baru
Apabila Rawatan Vitamin C + HA Termaju yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya dan sudah tiba masanya untuk memesan botol baru. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.
Pelanggan Sasaran
Produk ini disasarkan untuk wanita berusia 22-50+ yang kulit mukanya hilang kepadatan dan kegebuan serta berminat untuk mengurangkan garis ekspresi yang ketara dan menyerlahkan penampilan yang lebih muda. 
Nasihat/Langkah Keselamatan
* Jangan gunakan produk di luar tujuannya.
* Elakkan daripada terkena terus pada mata.
* Hentikan penggunaan segera dan rujuk doktor sekiranya berlaku kerengsaan kulit.
* Jangan sapu pada kulit yang luka.
* Jauhkan daripada kanak-kanak.
Penyimpanan
Tutup selepas menggunakan dan simpan pada suhu bilik. Elakkan terdedah kepada cahaya dan haba terus.
Kandungan
30ml
Soalan Lazim
1. Adakah manfaat yang dicapai dengan Rawatan Vitamin C + HA Termaju setanding dengan suntikan pengisi pakar dermatologi?

Walaupun Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak bertindak benar-benar sama seperti suntikan pengisi, namun ia mempunyai banyak manfaat yang sama*. Ia mengurangkan penampilan garis ekspresi secara dramatik dan membantu mencegah penampilannya pada masa hadapan akibat serangan persekitaran. Tambahan pula, ia membantu mengekalkan kegebuan kulit anda dan memberikan penampilan yang lebih sihat, lebih muda secara keseluruhan – sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh suntikan pengisi*.
* Hasil tidak setara dengan prosedur pembedahan/kosmetik

2. Adakah mana-mana bahan atau teknologi dalam Infusi Penggalak yang eksklusif kepada produk ARTISTRY ATAU AMWAYTM? Apakah yang membuatkannya unik?

Ada, kami memasukkan Ekstrak Ceri Aserola yang diluluskan NUTRILITE. Ekstrak Ceri Aserola ini eksklusif kepada penjagaan kulit ARTISTRY dan mengandungi nilai antioksidan yang sangat tinggi kerana ia merupakan sumber antioksidan Vitamin C yang kaya dan semula jadi. Malah, Ceri Aserola telah ditunjukkan sebagai salah satu sumber Vitamin C semula jadi yang paling kaya, jauh lebih banyak daripada buah sitrus yang dahulunya dipuji-puji. Ceri Aserola ialah bahan yang digunakan secara bersepadu dalam produk ARTISTRY dan ditanam di ladang AMWAY yang terbesar dan mengeluarkan Ceri Aserola sepanjang tahun.

3. Apakah ujian klinikal atau sokongan makmal yang tersedia untuk Rawatan Vitamin C + HA Termaju?

Ujian klinikal, pengguna dan in-vitro telah dilaksanakan untuk menyokong dakwaan keselamatan dan keberkesanan Rawatan Vitamin C + HA Termaju. Kajian telah dilaksanakan untuk memastikan rumusan ini diterima dengan baik, berkesan dan memenuhi jangkaan pengguna.

4. Bagaimana Rawatan Vitamin C + HA Termaju berbeza daripada Rawatan Vitamin C + Keladi?

Walaupun Rawatan Vitamin C + Keladi telah menjadi kegemaran pelanggan dan ABO selama hampir 20 tahun, Rawatan Vitamin C + HA Termaju menggabungkan teknologi inovatif dan penemuan saintifik terkini. Rumusan baru tersebut menawarkan lebih banyak perlindungan antioksidan Vitamin C termasuk kuasa menggebu Asid Hialuronik. Inilah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan pelanggan kepada kemajuan produk yang besar.

Berikut adalah beberapa perbezaan khusus antara kedua-dua rumusan:
* Rawatan Vitamin C + HA Termaju mempunyai jumlah Vitamin C tertinggi yang pernah ditawarkan dalam produk penjagaan kulit ARTISTRY – 20% lebih banyak dalam isipadu daripada rumusan sebelum ini.

* Rawatan Vitamin C + HA Termaju memberikan perlindungan antioksidan 35% lebih banyak dari
pada rumusan sebelum ini.

* Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Vitamin C Tulen 100% dalam penutup pengaktifan yang inovatif – yang pertama untuk penjagaan kulit ARTISTRY.

* Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi Adunan Asid Hialuronik Dwitindakan untuk mengembalikan penampilan yang gebu, penuh dan muda.

Pengguna lebih menyukai Rawatan Vitamin C + HA Termaju berbanding Rawatan Vitamin C + Keladi kerana semua ciri-ciri berikut:
1. keseluruhan
2. keseluruhan bekas
3. penampilan bekas
4. bekas yang memudahkan penggunaan
5. bekas yang inovatif
6. mudah mencampurkan serbuk dengan serum
7. mudah menyapu
8. rasa kulit secara keseluruhan
9. rasa kulit secara keseluruhan semasa menyapu
10. penampilan kulit secara keseluruhan

5. Bagaimanakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju didaftarkan?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju didaftarkan sebagai kosmetik umum dalam semua pasaran kecuali Korea. Di Korea, ia dikelaskan sebagai kosmetik fungsian.

6. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi sebarang bahan yang diperoleh daripada haiwan?

Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak mengandungi bahan yang diperoleh daripada haiwan.

7. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju diuji pada haiwan?

Tidak, Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak diuji pada haiwan.

8. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi paraben?

Tidak. Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah dikekalkan kemujarabannya dengan berkesan tanpa menggunakan paraben. Ia boleh dikelaskan sebagai bebas paraben.

9. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju mengandungi gluten?

Tiada bahan daripada gandum atau barli dimasukkan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju.

10. Apakah jangka hayat Rawatan Vitamin C + HA Termaju dan berapa lama saya boleh gunakannya selepas ia dibuka?

Jangka hayat produk yang belum dibuka ialah tiga tahun. Apabila produk diaktifkan dengan menekan butang dan mencampurkan serbuk Vitamin C Tulen 100% dengan serum, kami menyarankan agar produk itu digunakan dalam masa 30 hari untuk memastikan keberkesanan penuh produk.
NOTA: Apabila rawatan yang diaktifkan menghampiri tempoh 30 hari, pelanggan mungkin melihat warna kuning mula terbentuk dalam rumusan. Ini merupakan petunjuk visual yang membantu menunjukkan produk hampir di penghujung puncak kemujarabannya. Walaupun produk kekal selamat untuk digunakan, kami sarankan agar mengaktifkan botol baru selepas 30 hari.

11. Bagaimana Rawatan Vitamin C + HA Termaju harus disimpan?

Sebelum dan selepas pengaktifan, Rawatan Vitamin C + HA Termaju harus disimpan di tempat dingin, kering dan jauh daripada cahaya matahari terus. 
* Jauhkan daripada haba dan cahaya: Haba dan cahaya termasuk cahaya matahari terus boleh menjadikan produk bertukar kuning lebih cepat dan bolen mempercepatkan "kehilangan kuasa" semula jadi akibat pengoksidaan dalam rumusan.
* Pertimbangkan untuk menyimpannya dalam peti sejuk: Menyimpan dalam peti sejuk tidak perlu tetapi ia membantu memperlahankan potensi penguningan dan "kehilangan kuasa".

12. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju serasi dengan produk penjagaan kulit ARTISTRY lain?

Ya, ia serasi secara estatik. Namun begitu, apabila menambah produk kepada rutin penjagaan kulit anda, amalan yang baik ialah hanya memperkenalkan satu produk baru pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memperkenalkan sebarang produk baru yang lain. Oleh sebab rumusan PENJAGAAN KULIT INTENSIF ARTISTRY termasuk Rawatan Vitamin C + HA Termaju sangat berkuasa, kami sarankan agar anda menyesuaikan rutin penjagaan kulit berdasarkan sensitiviti kulit yang anda rasai sendiri.

13. Bolehkah saya menggunakan regimen ARTISTRY sedia ada bersama-sama Rawatan Vitamin C + HA Termaju ini?

Boleh! Rawatan Vitamin C + HA Termaju dihasilkan untuk ditambah kepada regimen ARTISTRY sedia ada anda. Gunakannya sebelum pekatan harian anda.

14. Mengapakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju saya habis sebelum 30 hari?

Pastikan anda hanya menggunakan 4-5 titik rumusan pekat ini untuk setiap sapuan. Jika anda menggunakan lebih, ia tidak akan cukup untuk 30 hari.

15. Adakah Rawatan Vitamin C + HA Termaju sesuai untuk kulit sensitif?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju telah diuji dengan teliti ke atas kumpulan individu yang mempunyai kulit sensitif. Dalam ujian ini, tiada bukti tindak balas alahan atau kerengsaan yang melampau. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa tiada program ujian yang boleh menjamin semua individu yang ingin menggunakan produk ini tidak akan mengalami tindak balas.

16. Bolehkah Rawatan Vitamin C + HA Termaju digunakan di sekeliling mata?

Rawatan Vitamin C + HA Termaju tidak disyorkan untuk digunakan secara langsung pada mata atau kelopak mata. Penggunaan di sekeliling kawasan mata hendaklah dihadkan kepada kedutan pada sudut mata (sudut luar mata) di sepanjang garis ekspresi. Elakkan produk daripada memasuki mata.

17. Jika saya (atau pelanggan) mengalami sebarang sensasi selepas menyapu Rawatan Vitamin C + HA Termaju, apakah yang harus saya lakukan?

Sensasi berdenyut-denyut dan kemerahan memang dijangkakan bagi sesetengah pengguna, biasanya orang yang yang kulitnya lebih sensitif. Sensasi ini adalah sementara (bermaksud ia tidak lama) dan suatu yang normal semasa menggunakan Rawatan Vitamin C + HA Termaju. Walau bagaimanapun, jika denyutan itu menyebabkan kerengsaan kulit, basuh produk berkenaan dan hentikan penggunaannya.

18. Bolehkah Rawatan Vitamin C + HA Termaju digunakan selepas selaran matahari? Bagaimana pula selepas rawatan kosmetik yang kuat?

Secara amnya, kami tidak mengesyorkan penggunaan sebarang produk kosmetik selepas selaran matahari atau setelah sebarang rawatan kosmetik yang menyebabkan keradangan melampau. Rawatan Vitamin C + HA Termaju dan mana-mana produk lain hendaklah digunakan hanya setelah keradangan reda. Untuk penggunaan selepas pengelupasan kosmetik atau rawatan laser, pelanggan hendaklah mendapatkan nasihat doktor.

19. Bolehkah Rawatan Vitamin C + HA Termaju digunakan semasa hamil?

Bahan dalam Rawatan Vitamin C + HA Termaju ditunjukkan selamat digunakan oleh semua wanita. Kajian keselamatan kosmetik tidak dilakukan ke atas wanita hamil. Memandangkan keadaan kulit berubah semasa hamil, keputusan sama ada hendak menggunakan produk ini atau tidak perlu dibincangkan oleh wanita tersebut dengan doktornya.


Sila pm solehah ye jika mahukan perubahan dalam kulit wajah.sekarang bnyk produk2 dilancarkan diluar,tapi boleh kah mereka menembusi pasaran luar negara seperti mana produk artistry.

Jom pakai artistry.brulah ada gaya,wajah pun berseri.


Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?