JOM KURUS NUTRILITE

Hi SALAM JUMAAT.
LS bru balik dari kelas agama di sekolah tadika Su****(tadika cina) kat kuala kangsar.

Setiap kali kalau LS mengajar agama kat tadika tu mesti dalam hati sebut tajuk
entry blog hari ni
'KAU TAK LAYAK PUN JADI USTAZAH'

Memang !
LS memang x layak pun jadi ustazah sebenarnya, tpi LS just tawarkan diri 
pada guru besar kat tadika tu nak ajarkan pendidikan Islam kat situ memandangkan tak ada 
subjek tu kat tadika tersebut.
then guru besar tu kata ok!

kenapa tetiba lak nak tawarkan diri kan?banyak lagi kerja LS boleh buat....?

Sebenarnya LS minat mengajar tapi tak lah minat sgt.sekadar nak menambah pahala, kan...kan?? 
Bak kata para arif ulamak dan hadis sahih. Antara salah satu amalan yang dibawa ke sana 
adalah ilmu yang dimanfaat kan.

Ada beberapa sebab LS suka mengajar agama kat sana;

1.sebbnya anak LS ada kat sana,
fauzan bersekolah disana,tpi pendidikn Islam tak diajar,hanya pendidikan moral.Jadi dah guru besar sekolah situ kawan LS kan..so LS tawarkanlah diri..Orang kata menyelam sambil minum air...nak didik anak orang ..terdidik anak sendiri.

2.Nak kenalkan pada anak bangsa agama kita apa itu islam,allah,rasul solat dll.

LS ni mmg tak layak nak ngajor orang agama kan..
tapi ni basic taw..bukan nya nak mengajar jadi alim ,tak jahat ke apa ke..sekadar nak kenalkan anak2 siapa tuhan kita,siapa nabi  kita.

Benda tu kan basic...korang dulu masa tadika lah kan kenal allah dan rasul...bru beringat sampai besar...betul tak..

kurang2 dapatlah LS ni pahala...bila anak2 murid LS ni ingat siapa ajar deme tuhan deme,,rasul deme...

ajar basic je..iqra ...alif bata..bukan ajar tajwid...itupun LS x lepas lagi taw...setakat ajar solat itu wajib boleh lah kan sebb perkara tu kita buat.

So agak2nya LS ni layak tak jadi Ustazah..ustazah Tadika je pun....asal lulus cemerlang SPM agama ok dah kan....

ok sampai sini jel...TQ baca..doa lah LS dapat banyak pahala sebb ajarkan anak2 seislam kita kenal allah dan rasul...kalu harapkan sekolah cina tu mana mahunya kan....ok semoga usaha LS dirahmati ALLAH dan ALLAH ampuni dosa2 LS yang besar mahupun kecil....ok....adrious!!! 





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?