Pantun agama

Suasana hari ini ibadat jadi adat,
Adat jadi ibadat,
Kalau duit yang kita perolehi ni berkat,
Hidup menjadi berkat,
Bila hidup kita berkat,Diri kita selamat,
Bila diri kita selamat, hidup dengan orang lain menjadi sepakat,
Bila rumah tangga sepakat,masyarakat jadi musyarafat,
Bila masyarakat musyarafat,negara jadi kuat,
Bila negara jadi kuat,negara jadi lagi hormat,
Bila negara dihormat,permusuhan pun tersekat,
Bila pemusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat,
Bila pembangunan meningkat,kemajuan pun menjadi pesat,
Tetapi awas,bila kita lihat kemajuan menjadi pesat,
Bangunan pun jadi bertingkat2,
Dan dicelah2 itu,sarang maksiat tumbuh mcam kulat,
Ketika sarang maksiat tumbuh bagai kulat,manusia mengubah tabiat,
Ada yang nak jadi ulat,ada pula jadi lalat,
Bila manusia serupa ulat dan lalat,solat makin hari,makin liat,
Orang yang baik pun mula nak tukar jadi jahat,
Orang miskin pula nak kaya cepat,
Ada pula orang tua nak mati lambat,
Bila orang tua pakat nk mati lambat,maka pakat lawan cari ubat,
Bila pakat lawan cara ubat,tak cukup madu,telan air gamat,
Ada lagi yang kita selalu lihat,annak2 muda pakat pakai seluar ketat2,
Pakai baju nampak pusat,pakai skirt sekerat2,semuanya sendat2,
Kadang2 nampk yg tersurat,bila rupa begitu,siapa lihat pasti tercegat,bukn sahaja bohsia,bojan pun sama hebat!
Bila berjumpa tangan berjabat,kemudian pakat lawan peluk erat2,bukan peduli agana dan adat,
Tak takut pun allah dan malaikat,
Bila perut dah jadi bulat,
Maka lahirlah zuriat tak cukup sifat,
Bila anaknya tidak cukup sifat,campak pi buang tak kira tempat,
Masa tu syaitan dan iblis pun melompat,
Katanya...bagus manusia sudah masuk jerat,
Biar manusia sesat,
Inilah dia fenomena masyarakat!
Ingatlh wahai masyarakat,dunia ini makin singkat,
Tah esok lusa akan kiamat,masa itu tak sempat nak beringat,
Kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju kedunia akhirat,
Siapa tahu bila kita dapat bertaubat,
Disana kita akan ditanya soalnya empat,
1.umur dan masa kamu didunia banyak mana kamu buat ibadat?
2.zaman muda kamu apa yang kamu buat?
3.harta benda kamu dari mana engkau dapt?
4.ilmu kamu adakh kamu manfaat?

Renung2kn lh wahai umat muhammad!

Sent from my Samsung Galaxy, 

Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?