Kurang darah ketika mengandung?!

Kat sini LS nak kongsi satu cara bagi meningkatkn kandungn darah merah dlm darah ibu mengandung
LS selalu alami kurang darah time mengandung.
Meh kita share some info...

ADAKAH ANDA KURANG DARAH KETIKA MEMGANDUNG?
Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl

PENYEBAB KURANG DARAH
1.kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi,asid folic dan vitamin b12
2.kerap mengandung(kurang dari 2 tahun)
3.jangkitan cacing
4.masalh perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj

TANDA-TANDA KURANG DARAH
1.pucat
2.rasa letih dan tidak bermaya
3.sentiasa rasa pening
4.rasa pitam bila bangun dari baring n duduk
5.kebas kaki dan tangan
6.rasa megah dan berdebar2
7.degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH
kesan kepada ibu
1.mudah mendapat jangkitan
2.jika berlaku pendarahan,keadaan  akan lebih mudarat
3.mudah mendapat penyakit lemahjantung
4.kematian ibu
Kesan kepada anak
1.keguguran
2.pembesaran janin terbantut
3.anak lahir tidak cukup bulan
4.anak lahir kurang berat badan
5.anak mati dalm perut

CARA2MENINGKATKAN PENGAMBILAN ZAT BESI MELALUI MAKANAN

1.ambil makanan seimbang

2.ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang,lala,tiram,ikan bilis,sardin,ikan cencaru,hati ayam,hati lembu,dan daging sekurang2nya 4kali seminggu!

3.ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk manggalakkn penyerapan zat besi seperti jambu batu.mata kucing.betik,liamu,rambutan,duruan belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.

4.pilih sayur yang tinggi zat besi  dan folat,seperti pegaga.peria,kangkung,pucuk keledek,pucuk paku,ulam raja,bayam,pucuk gajus,dain pudina, cekur manis dan daun remunggai.

5.masak sayuran betsama perencah seperti kerang,ikan bilis,bebola ikan,hati, daging,atau telur untuk menambah kandungan zat besi

6.perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan

7.elak mengambil minuman teh,kopi,atau susu nersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil zat besi.teh,kopi dan susu boleh menghalang penyerapan zat besi,sebaliknya ambillah air limau atau jus buahan yg lain.

8.ambillah pil zat besi,asid folic,vit c yang dibekalkn doktor.ini kerana makanan sahaja tidak dapt memenuhi keperlusn zat besi ketika mengandung

9.ambil pil tersebut mengikut nasihat doktor sebaik2nya 2 jam selepas makan, bereama segelas air limau atau air suam.elakkan mengambilnya bersama teh,kopi atau susu,

10.pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual2,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam,ini tidak merbahaya.

11.pilpil  tersebut tidak akan menjadikan anak besar sehingga sukar dilahirkan
Sent from my Samsung Galaxy TAb

Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?