Cabaran USAHAWAN saat ekonomi COVID 19

BERTABAH, BERTENANG DAN TERUS ISTIQOMAH WAHAI USAHAWAN!

Malam tadi bukan main aktif group  membicarakan tentang loan dan pelbagai inisiatif kerajaan kepada usahawan akibat Covid-19.

Ada yang merayu, ada yang mengkritik dan ada yang merintih..

Ramainya diam membisu.

Sebenarnya, ramai usahawan sekarang masih dalam dilema kerana Covid -19 adalah Great Lockdown Recession yang sukar diramalkan bila akan benar2  terhenti?...

Yang pasti impaknya ekonominya akan melibatkan hampir 7.8 billion penduduk dunia.

Berniaga perlukan modal, tapi duit bukanlah penyelesaian mutlak bisnes kita..

Kadangkala berhutang perlu tapi sakitnya membayar hutang hanya Allah yang tahu.

Hasrat nak beri peruntukan, bunyinya senang tapi karenah dan renyahnya kadang2 menjadikan usahawan kecewa dan fade up!

Sebagai orang lama yang berpengalaman, saya dapat merasakan kenapa ramai yang masih berfikir panjang untuk menambah beban hutang..

Maka janganlah kita memperli atau mengkritik mereka kerana setiap usahawan perlu mempunyai risk calculation,dan business instinct kerana sehebat manapun usahawan merancang, untung belum pasti, sebaliknya rugi teramat pasti

Bagi yang masih gundah gulana, berbaliklah kepada Allah.. Istikharah dan Istiqomah. InshaAllah akan ada jawapan, malah  rezeki menanti yang tidak terlintas di fikiran.

Kepada pegawai2 kerajaan yang dedikasi seperti Roslan dan rakannya yang lain, usaha yg baik perlu diteruskan tanpa rasa jemu dan putus asa..Jasa yang baik tetap dikenang orang.

Kepada usahawan yang dimpahi rezeki ketika ini bersyukur dan jangan "ingkei" (kata orang Perak)kerana kehebatan dan kekayaan  Jack Ma, Bill Gate dan Tony Fernandes,amat jarang menunjukkan kekayaan peribadi mereka dan membuka semua rahsia perniagaan mereka (always humble)

Kepada semua usahawan

When there is a crisis, there is an opportunity

Hidu, dengar, fikir dan bayangkan peluang rezeki yang terbentang luas pasca Covid 19..InshaAllah.

Kejarlah rezeki sebaik dan setinggi mungkin kerana sesungguhnya, apabila anda telah merasai nikmat kekayaan dunia sebenarnya, maka akhirnya anda akan merasakan bahawa tiada apa yang memberikan kepuasan dengan bisnes anda, melainkan mengenali kekuasaan Allah SWT dan seronok berbakti kepada manusia melalui perniagaan anda.

Business Is A Passionate Drive and We Have To Enjoy Our Journey

Yang berjaya =merebut peluang

Yang GAGAL= mencari alasan

Yang menunduk umpama padi, makin tunduk, makin berisi.

Semoga pandangan ini memberi pedoman..

Izinkan saya untuk menyingkap kembali AlQuran pula.

Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?