MEH RASA KUIH KOCE TEMAN !

Hah..tetiba termengidam kuih koce pulak.jenuh mencari tepung pulut hitam,tapi tak jumpa,mak mertua kata kat area kula kangsar ni  sukar nak jumpa tepung pulut hitam,yang banyaknya ada di melaka.sebb belah sana kalo buat kuih koce,memang warna gelap hitam sikit. Kalo orang perak buat koce,warna putih..

jadi alkisahnya sudah mengidam nak makan kuih koce, LS(ladysooleha) buat sendiri kuih koce..maka begini lah resepinya..

BAHAN INTI
setengah cawan kecil gula merah
setengah  kelapa parut

BAHAN TEPUNG
tepung pulut satu mangkuk@300gm
pati santan setengah biji kelapa
dan daun pisang secukupnya
inilah bahan-bahanya


CARA2NYA
1.tepung pulut di digaulkan bersama santan

LANGKAH SATU

2. goreng kelapa parut bersama gula merah sehingga garing sedikit dan berkilat sedikit

LANGKAH 2





LANGKAH 2,BEGINILAH RUPANYA SETELAH DIGARINGKAN

3. Bila bahan dan inti sudah siap,kita bentukkan daun pisang pulak.sukahati nak buat bentuk nasi lemak atau tiga segi,teman suka bentuk nasi lemak...senang!

ini bentuk nasi lemak punya bungkus
LANGKAH 4,kita masukkan inti ke dalam tepung,balut sederhana tebal ye



LANGKAH 5



Dah siap kita bungkus,kita masukkan ke dalam tempat kukus,terpulanglah,kalau masak banyak boleh guna kukus didapur yang besar .teman guna periuk serbaguna .yang teman dapt free tu! (sebab beli e-springlah)heheheheh..seronok dapat mengukus ,tak yah jaga api and tengok2..tekan je butang kukus..dah siap nnti dia off sendiri..


HAH! dah siap pun dalam masa 15 minit siap mengukus,dalam 10 keping kuih koce



bolehlah rasa..LS makan 3 keping,hubby makan pun 3 keping,selebihnya. bagi mak rasa n komen.
bila mak makan,dia kata sedap,tapi kuihnya melekat didaun pisang,kena letak minyak...LS lupa n tak tahu pulak kena letak minyak, sebb dlm resepi tak letak pun.hehehe..
SELAMAT MENCUBA BAGI SESIAPA YANG NK MAKAN KUIH KOCE BUATAN SENDIRI..CUBA BUAT..AND MAKANLAH APA YANG ANDA BUAT..GOODLUCK!



Comments

Popular posts from this blog

NISBAH GURU DAN MURID DI PRASEKOLAH

KAEDAH LAKONAN INTERAKTIF DALAM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

HALANGAN NK BUAT AMWAY?