Posts

Showing posts from September, 2019

KUTU PLAYGROUND TASKA PTP DAH ON

Image
Hi..assalamualaikum semua. salam Jumaat. Yaumul Jumaat. So hari ni LS nk update pasal kutu Playground yang LS anjurkan Inilah 2 playground yang kawan2 pengusaha TASKA area PERAK berminat nak main kutu. cadangan kuru ni dah 2 bulan trtunda sebb masalah hp LS. Tapi alhamdulillah bulan ni start untuk turn pertama. Tadi baru je lancarkan pemilihan undi untuk no giliran. kita akan main kutu sampai 11 bulan so dapatlah kurang bulanan masing2. Akhirnya kawan2 seperjuangan dapat juga miliki permainan besar macam ni. ini turutan kawan2 yang join 1.LS PG A 2.TASKA FAIRUZ PG A 3.TASKA TAQINAH PG  B 4.K.AZIE(ALFA)  PG A 5. TASKA  NURUL PG A 6.TASKA AZZAHRA PG A  7.TASKA RUDAINAH PG A 8. TASKA HASNETA PG A 9. TASKA ASHABUL YAMIN PG B 10. TASKA LIANA PG A 11.TASKA ALQURAN ALBAGDADI A Mainan mcam ni nmpak je kecik taw tapi mahal tak caya cuba cek kat laman web playground yang ada kat malaysia ni. Tapi LS dapat dir...

FASAKH JIKA SUAMI PENAGIH DADAH

Image
HAI,ASSALAMUALAIKUM hari ni LS nak kongsi sikit berkaitan FASAKH. entry kali ni bukanlah penulisan direct dari LS .tpi pembacaan seterusnya  adalah penulisan kajian student2 berkaitan fasakh yang dibenarkan apabila pasangan anda terlibat dengan dadah. sebagai membantu sahabat2 semuslim,dan wanita yang teraniaya. dan tak tahu nak buat macm mana..buntu dan blur bila ada pasangan  korang terlibat dengan dadah? Jadi jalan akhir adalah membubarkan perkahwinan. Trauma dan rasa kecewa itu pasti pada setiap wanita yang impikan  kehidupan bahagia bersama seorang lelaki bernama suami. Jadi bagi mengukuh dan menyakin kan anda untuk membuat keputusan kat sini LS bagi Link untuk korang download info pasal fasakh ni ye. apa2 boleh komen n rujuk. Kalau rasa perlukan sistem sokongan boleh pm LS..sebb LS ada platform untuk mana2 wanita perlukan sokongan dan motivasi kalau suami terlibat dengan dadah.Boleh lah join group WS . ok korang tekan ...

CANTIK DAN KURUS IDAMAN WANITA

AKU NAK KURUS !! GERAM GILER TAK MUAT SELUAR NI ! Korang pernah tak jerit mcam ni dalam hati..atau korang tak jerit pun tapi  memang korang ada terdetik dalam hati nak kurus Erm...adakan...mustahil x ada . Sebagai wanita,sebagai perempuan ,apa yang ada nilainya jika bukan pada paras rupa yang cantik..betul tak. Lepas cantik ,orang baru nak nilai akhlak kita,baru nak nilai bahasa dan kesopanan kita. kalau sekali pandang gemuk.apa dalam fikiran korang..mesti korang cakap, perempuan ni tak pandai jaga diri. kalau diri pun x pandai jaga macam mana nak jaga orang lain. tpi itu pandangan orang kan. ada mak2 kat luar sana..gemuk je tapi bahagia je dengan laki mereka kan. itulah bahagia, gemuk pun tak kisah tpi bagi LS gemuk tu buat LS stress taw...memang lah laki kita tak cakap apa..tapi lama2 bunyi juga. tak caya cuba gemuk. hehehehe tpi LS gemuk pun dulu sebb  ngandungkan anak2 je. Masa anak dara dulu seblum nk kawin beria turun kan berat badan lah ju...

KAU TAK LAYAK JADI USTAZAH PUN

Image
Hi SALAM JUMAAT. LS bru balik dari kelas agama di sekolah tadika Su****(tadika cina) kat kuala kangsar. Setiap kali kalau LS mengajar agama kat tadika tu mesti dalam hati sebut tajuk entry blog hari ni 'KAU TAK LAYAK PUN JADI USTAZAH' Memang ! LS memang x layak pun jadi ustazah sebenarnya, tpi LS just tawarkan diri  pada guru besar kat tadika tu nak ajarkan pendidikan Islam kat situ memandangkan tak ada  subjek tu kat tadika tersebut. then guru besar tu kata ok! kenapa tetiba lak nak tawarkan diri kan?banyak lagi kerja LS boleh buat....? Sebenarnya LS minat mengajar tapi tak lah minat sgt.sekadar nak menambah pahala, kan...kan??  Bak kata para arif ulamak dan hadis sahih. Antara salah satu amalan yang dibawa ke sana  adalah ilmu yang dimanfaat kan. Ada beberapa sebab LS suka mengajar agama kat sana; 1.sebbnya anak LS ada kat sana, fauzan bersekolah disana,tpi pendidikn Islam tak diajar,hanya pendidikan moral.Jadi dah guru ...

JEREBU ! KAMI SAKIT

Image
JEREBU TERUKKAN?? Hai..salam hari malaysia Dan bulan kebangsaan. LS dan anak2 baru habis antibiotik hari ni sebabnya kami 3 beranak demam batuk teruk jugalah. Demam sekejap panas sangt lepas tu ok..pastu demm balik..last2 LS pergi daftar kat klinik kesihatan padang rengas. Daftar jam 830 .settle semua urusan jam 1050 am. Fuhh....macm nk meninggal ..badan x sedap..sengal2 dan seram sejuk..pastu LS anggkut 2 anak yg sama x sihat nya... Kami ni dah lebih 3 hari demam...jadi kami kena ambil darah lah.. Apa lagi menagislah si kecik tu bila kena cucuk...lepas  cucuk pergi bawa darah kat makmal,pastu lepas dapat result tu,tunggulah turn yg sebenar2nya turn....untuk jumpa dr. Lepas jmp dr, kami bawa trascript ubat ke farmasi untuk amik ubat.. Ubat yg korang tengok   banyak tu lah ok.DOAKAN KAMI SIHAT YE. tq semua.!!

DAFTAR BIZ KORANG KAT AMAZON

Ni LS nak bagi link kat korang. yang buat biz dan nak mulakan biz apa kata daftar bisnes korang kat amazon ni sebab banyak faedah yang korang dapat. tak susah n tak salah pun cuba jana income kat sini. try je tekan link kat gambar yang diberi.

SUAMI YANG BAIK LAHIRKLAN ISTERI YANG BAIK

Image
Assalamualaikum. hah selamat berhujung minggu esok. hujung minggu ni mesti banyak kenalan terima undangan kahwin kan. samalah LS. LS ucapkan terima kasih pada yang jemput LS ke kenduri..Jemputlah lagi ..rindu nasi minyak .hehheheheheh. Agak klise sikit tajuk LS malam ni. Tpi nama pun blog LS kan .Jadi segala pandangan LS ,LS curahkan kat sini.Sebenarnya lama dh LS x menulis. Kekangan masa dan banyak benda nak settle. Tpi menulis memang kesukaan LS.  Ok lah balik pada tajuk LS malam ni. Kalau kita terbalikkan tajuk ni pun boleh juga. ISTERI YANG BAIK LAHIRKAN SUAMI YANG BAIK. erm. tpi mcm pelik,dan macam tak relevan kan. Sebab Suami tu selepas kahwin ,dia perlu memimpin keluarga.apatah lagi isteri dia sendiri. ada banyak LS pelajari sepanjang tempoh perkahwinan ,yang baik kita kongsi ,yg x baik tu,semua dtg dri diri LS sendiri..Tak baik tu tak payah lah sharekan ,aib namanya..pepatah melayu cakap apa...buka pekung didada..AIB kita, atau aib suami...

BAWA ANAK BELAJAR BERENANG

Image
Setiap hari Jumaat,memang LS bawa anak2 LS pergi belajar berenang.  Diorang belajar berenang dengan cikgu2 blackpearl yang ada di kolam  renang awam kuala kangsar. Yuran diorang boleh tahan lah sejam satu sesi. ada 4 sesi untuk yuran sekali RM50. sampai hari ni dah masuk kali ke tiga bayar yuran. alhamdulillah diorang dah pandai berenang. pandailah nak ayun kaki n tangan tahan nafas dalam air cara terjun dan cara selam perlahan2 lama2 mereka pandailah kan LS bukan apa sahaja nk meluntur buluh sejak dari rebungnya. ada anak buah LS belajar memanah,belajar bowling lah belajar soft ball,belajar  tunggang kuda. Nah! LS pun nak anak LS pandai juga satu cabang games. Insyallah dah bagitau jurulatih suruh ajar anak LS sampai pandai sampai jadi atlet.Insyallah. semoga faizien dan fauzan jadi ahli renang negara. Asal belajar ilmu akademik jgn dilupakan. games pun boleh juga. amin. salam jumaat semua.